Personal

trip to batu pahat

Salam semua

Apa khabar hari ni? Oh ye, dua tiga hari ni agak sibuk. Hari Selasa lepas baru je ke Batu Pahat, itu pun balik hari, sebab baby de kat taska kan, so kena balik hari. Ke Batu Pahat sebab urusan kerja. Pergi pun dengan en boss. Laju tak hingat dia bawak Sorento dia tu.. Nasib baik tak de speed trap, kalau tak, de kot 5-6 saman.. hahaaa.. Dari KL ke Batu Pahat, sejam lebih sikit jer.. Adoi.. Kami pergi bertiga hari tu, ke Sungai Suloh.

keadaan rumah ayam di ladang
rumah ayam

Tujuan sebenar adalah untuk ke ladang ayam yang sedang dalam proses penjagaan ayam. Juga ayam ini menggunakan produk syarikat kami. Oh ye, syarikat ni beroperasi dalam industri bioteknologi. Tujuan kami bagi menggantikan penggunaan antibiotik sekarang kepada sumber yang lebih mesra ayam dan lebih mesra orang ramai. Tahu tak, pe efek penggunaan antibiotik? Carilah kat pak cik google ye.. Jadi kami gunakan probiotik untuk aya-ayam ni.. (Ala, macam Yakult tu, tapi ini untuk ayam, dan ini syarikat serta produk anak tempatan).

ladang
ayam

Selepas selesai lawatan ke ladang ayam, en boss bawak ke rumah familynya dan family mertuanya. Best. Yang paling best makan goreng pisang cedok kat Traffic Light. Kata boss yang memang orang batu pahat ni, sejak dulu lagi kedai ni. Tuan die jual pisang goreng, main cedok jer.. uish..best tu.. Siap dipotong-potong dan letak kuah kicap pedas. Syok, teringat dulu-dulu waktu sekolah. memang tak pernah jumpa la orang jual camtu kat mana-mana negeri sebelum ni.

On the way balik, kereta boss ku dua kali buat hal. Tiba-tiba tengah laju, minyak tak boleh tekan tiba-tiba, berhenti tepi. Mula-mula ingat sebab minyak dah nak habis, tapi bila kali dua terjadi walhal minyak penuh, pelik la pula.. Nasib baik masih boleh teruskan perjalanan sampai ke KL. Anakku pukul 9malam, baru mama amek ye.. Sorry sayang..

Korang tahu kenapa perkara ni leh jadi? Kata mekanik NAZA / KIA, sebabnya tank tersumbat. Korang pernah alami? Apa kata share? Kereta tengah laju, dalam 140-170km/j, tiba- tiba pedal minyak walaupun ditekan, kereta tak pergi, tapi jadi slow.. Kalau pernah alami, kita share boleh?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge