Aku, Dia dan Diari

Posted by

Assalamualaikum. Ini bukan tajuk novel seperti sangkaan korang. Tak ada idea nak buat cerita novel. Blog ni pun jarang update, apatah lagi novel mahupun cerpen. Yelah, hari ni hari terakhir tahun 2012. Esok dah masuk tahun 2013. Banyak yang berlaku, suka dan duka sepanjang tahun 2012 ni. Korang macam mana? Baik suka atau duka, hidup perlu diteruskan..

Diari, rasanya tak perlu nak kenalkan lagi kot. Catatan harian, baik yang menarik, yang sedih, semuanya ada. Rahsia-rahsia diri pun kadang-kadang ada dalam buku bernama diari ni. Jangan sampai terjatuh di tangan orang lain cukup. Dulu, zaman remaja, memang rajin sangat tulis dalam diari. Tiap-tiap tahun, wajib ada. Tapi, sekarang dah tak tahu kat mana letaknya. Mungkin dah jadi kertas kitar semula kot. Ohho..

Korang suka tulis dalam diari tak? Manalah tahu, sejak ada blog ala-ala personal, diari mungkin tidak lagi dipedulikan. Kalau dilihat, bila nak masuk tahun baru je, diari biasanya menjadi tumpuan ramai orang. Baik pekerja, baik pelajar. Macam-macam jenis diari ada di pasaran. Yang berkulit tebal, berkulit nipis malahan yang bersifat Islamik pun banyak. Pilih je mana yang mahu.

"diari 2013"

Ada juga syarikat-syarikat yang buat diari semperna tahun baru untuk diedarkan. Macam cenderahati tu. Tapi, kalau setakat 2-3 orang satu syarikat tak payah kot. Dulu, salah seorang abang kerja di bank, dapatlah diari seketul dua secara percuma. Tak payah membeli. Untung sungguh.

5 SEBAB PERLU DIARI

Senang nak tulis perkara yang berlaku, lebih-lebih lagi kalau yang bersifat personal. Nak ingat sampai bila-bila. Kot la ada kes terjatuh depan orang ramai masa tengah berjalan-jalan.

Senang nak luahkan perasaan tanpa diketahui oleh orang lain. Kot la hari tu terjumpa ‘pakwe’ lama, terus teringat zaman-zaman dulu. Ini contoh.

Kalau ada diari, boleh juga buat ‘wish list’ atau target tertentu untuk dicapai. Tiap-tiap hari tengok, baru ada dorongan untuk berjaya mencapai. Tak gitu?

Boleh tulis ayat-ayat menarik atau kata-kata semangat untuk diri sendiri. Bila buku dan baca semula, teringat kata-kata yang mampu buat diri tersenyum

Boleh letak gambar orang tersayang. Baru tak de orang perasan. Tapi perlu hati-hati, kot ada yang curi tengok. Hehe.

Korang macam mana? Adakah diari masih menjadi pilihan, atau buku 555 sahaja? Mungkin juga blog, tapi pada saya kurang sesuai menceritakan segala-galanya dalam blog. Setuju tak?

@fiezaradzi.com – Tunggu diari percuma tak dpat, terpaksalah rembat je satu, ala tak sampai Rm10 pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *