Hari Pertama, Sekolah Pertama

Posted by

Assalamualaikum,

Dah masuk tahun 2013, dan sudah bermula juga sesi persekolahan pada tahun baru ini. Bagi kami, anak pertama mula melangkah ke tadika semalam. Jadi awal pagi sudah bangun dan mandi, alhamdulillah, tiada masalah. Masalahnya si adik yang agak liat nak bangun. Tidur lambat lagi.

Hari Rabu mula mendaftar. Sekejap sahaja, bayar yuran dan kelengkapan sekolah seperti buku dan baju. Baju sekolah belum dapat lagi, jadi setakat hari ni hanya pakai t-shirt putih lengan panjang dan seluar hitam. Menurut tenaga pengajarnya, perempuan pun pakai seluar, senang nak berlari. Tak kisahlah, asalkan menutup aurat. Dan bermula juga si kakak mula pakai tudung lebih lama dan betul. Sebelum ni sekejap je pakai tudung, lepas tu buka. Cuma nak cari tudung putih yang bersaiz kanak-kanak je.

Ye, kakak dah mula bersekolah di Tadika Islam MAIWP dekat dengan tempat kerja saya. Alhamdulillah, senang nak hantar dan ambil. Tak perlu nak guna khidmat van atau bas sekolah. Hari pertama sekolah, sekejap saja kami menunggu, bila dah lawat satu sekolah dan masuk kelas, kami dah sampai di pejabat pun. Nampaknya kakak ok saja, mungkin sebab sudah biasa ke taska sebelum ini.

Bila tengok anak mula ke sekolah, baru tersedar, cepatnya masa berlalu. Kenangan melahirkan tu masih terasa, tapi anak dah mula bersekolah. Tak tergambar perasaan masa hari pertama hantar tu. Dapat jugak la merasa apa yang mak ayah yang lain rasa bila pertama kali hantar anak sekolah.

Hari pertama berlangsung sebaiknya. Menurut kakak, ada juga yang menangis nak balik ikut ayahnya. Mungkin sebelum ni tak biasa pergi taska atau pengasuh kot. Jadi keadaan tu pastinya sedikit janggal untuk kanak-kanak sepertinya. Tapi asal bisa tegal biasa, sehari dua atau seminggu dua, ok lah tu nanti. Silap-silap tak sabar nak pergi sekolah. Jangan tiap-tiap hari nak pergi sudah..

Gambar kakak di hari pertama sekolah.

di tadika

bersama cikgu

bersama kawan

hari pertamaNi gambar lepas habis sekolah, mama dan abah bawa jalan kejap, pergi beli barang.

Harap-harap anak-anak boleh dan mampu menjadi insan berguna.

@fiezaradzi.com – Teringat sekolah dulu, pun kejap je mak tunggu kat sekolah, lepas tu bawa diri sendiri, nasib baik dah kenal kawan-kawan masa tadika.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *