Bulan Sukan

Posted by

Salam semua. Perasan tak, bulan ni penuh pasal sukan. Mula-mula penentuan juara liga bola sepak EPL, yang berakhir pada 9 Mei, menyaksikan Chelsea menjadi juara, diikuti oleh Man U dan Arsenal. Masing-masing de reaksi yang pelbagai dengan kemenangan Chelsea ni. Tak percaya tengok sini.

epl-table1Kredit gambar: official website

Kemudian sekarang ni tengah berlangsung pertandingan badminton Piala Thomas dan Piala Uber, yang mengambil siaran di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Teringin nak pergi, tapi disebabkan ada si kecil, tak sampai hati pulak. Tengok live je la, kat tv. Sekarang dah masuk peringkat separuh akhir di mana bakal menyaksikan pasukan negara akan bertemu dengan China pada pukul 7.30 malam ini. Ketika kalah di tangan Jepun pada peringkat kumpulan, pelbagai reaksi dari peminat tanah air. Ada yang kecewa, ada yang mengatakan strategi dan banyak lagi. Yang paling hebat, di dada akhbar kisah pemain bergu negara yang hilang sabar kerana ejekan penonton setelah mereka kalah perlawanan itu. Tidak kurang juga hafiz hashim yang menjadi mangsa lontaran rasa tidak puas hati.

Namun, setelah berjaya menewaskan Denmark 3-2, situasi terus berubah. Hafiz hashim sebelum ini dijadikan bahan ejekan, terus diangkat menjadi wira negara apabila menjadi penentu kejayaan Malaysia. Memang berhak pun kerana corak perlawanan yang beliau tunjukkan sangat berbeza. Dengan kejayaan ini, Malaysia akan bertemu China di separuh akhir. Lawan yang mempunyai rekod cemerlang kerana dikatakan pembangunan sukan badminton yang hebat. Apa pun, pertembungan Chong Wei – Lin Dan pasti ditunggu-tunggu kerana sudah lama mereka tidak bertarung. Moga yang terbaik berlaku hari ini, dan semoga Malaysia berjaya ke peringkat akhir nanti. Itu doa peminat sukan tanahair.

chong-wei1lin-dan1

Di sebalik kemeriahan Piala Thomas, sedarkah kita bahawa satu lagi sukan peringkat antarabangsa sedang berlangsung di Malaysia? Piala Hoki Sultan Azlan Shah sedang hangat berlangsung di Perak, menyaksikan pasukan negara berada di tempat teratas mengatasi India dengan satu mata, tetapi lebih satu pertandingan dari India. Menyaksikan perlawanan Malaysia lawan India dan melawan China semalam, sangat mengujakan. Menang ke atas kedua-dua negara tersebut cukup menggembirakan. Namun, kedudukan itu belum pasti membenarkan pasukan negara ke akhir. Malaysia perlu menunggu beberapa perlawanan lain untuk mengesahkan ke peringkat akhir kerana jika mata yang sama dengan beberapa negara lain, jumlah jaringan gol bakal dikira. Jadi berdoalah agar Korea, Pakistan dan Australia seri dengan lawan masing-masing.

hoki-20101

Ada sukan lain yang sedang berlangsung? Itu setakat yang saya tahu la. Kalau ada, mari kita kongsikan bersama.

@fiezaradzi.com – blog ni banyak citer pasal sukan la…huhu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *