Berbuka Dengan Blogger Terkenal

Posted by

Assalamualaikum,

Dah masuk hari keempat berpuasa. Macam mana dengan puasa korang? Berbuka di rumah, atau di hotel? Memasak atau membeli di pasar? Apa pun caranya, yang penting pengisian bulan Ramadhan, sama-samalah kita manfaatkannya. Lama tak update dan berjalan-jalan di blog kawan-kawan. Keadaan internet yang selaju siput, yang membantutkan hasrat membuat kedua-duanya (ini pun berapa kali refresh da…).

Kalau ada yang ke blog blogger terkenal ni, mesti dah tahu kan.. Ha, kebetulan hari tu, tiba-tiba encik suami dapat sms dari beliau. Setelah beberapa sms dan panggilan telefon, kami pun setuju untuk cuba berjumpa. Keadaan jalan yag tidak sesak, sepatutnya membolehkan kami tiba awal. Memang sampai awal pun, tapi disebabkan kepakaran mengenal pasti hotel, membuatkan kami sedikit terlambat. Ampun ye suri dan suami. Apa pun, kami selamat berbuka puasa bersama-sama.

Sungguh tak terjangka akan bertemu juga dengan blogger terkenal ni. Dah tu, macam kenal lama je. Padahal baru pertama kali bersua muka. Terima kasih atas jemputan itu suri. Insyaallah, kalau datang Kuala Lumpur, boleh kita bertemu lagi. Lain kali ek, boleh lama-lama sikit.

Untuk hari-hari lain, kami berbuka di rumah sahaja, dengan lauk ala kadar. Buka puasa dengan kurma dan air, solat Maghrib, dan kemudian baru sambung berbuka dengan nasi. Nasib baik anak-anak dah sedikit besar, jadi kurang masalah ketika berbuka.

layan sekeping gambar yang sempat diambil, bersama anak-anak.

berbuka2Lagi sorang anak macam biasa, macam abahnya, biarlah rahsia..

@fiezaradzi.com – Hikmah Ramadhan yang menemukan insan-insan yang belum pernah berjumpa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *