Yang Baik Jadikan Ikutan

Posted by

Assalamualaikum, salam hari Jumaat. Ada baca kan tentang perdebatan Imam Abu Hanifah dengan Dahri? Kalau belum, boleh baca dulu. Dan untuk yang tak tahu, atau pun lupa (saya pun dah lupa kalau tak baca semula), Imam Abu Hanifah akhirnya meninggal dunia kerana diracun semasa di dalam penjara semasa pemerintahan Khalifah Abu Jaafar al-Mansur.

Pada suatu ketika, Khalifah Harun ar-Rasyid memanggil anak murid Imam Abu Hanifah untuk mengetahui sifat-sifat imam yang dihormati itu. Khalifah bertanyakan adakah benar Imam Abu Hanifah dikurniakan kebolehan luar biasa, dan meminta Abu Yusuf menceritakan antaranya.

“Dia sangat cerdik, apabila berhujah tidak ada sesiapa yang dapat mengalahkannya. Dahri seorang yang tidak percaya wujudnya Tuhan, insaf selepas berdebat dengannya. Ramai yang berfahaman khawarij kembali ke ajaran Islam yang sebenar selepas berhujah dengannya”, kata Abu Yusuf.

“Amirul Mukminin, saya belum pernah melihat seorang yang sangat alim selain Imam Abu Hanifah. Setiap malam beliau bersembahyang subuh dengan wuduk sembahyang isyak. Beliau tidak pernah menyebut keburukan orang lain, walaupun mereka memusuhinya, kecuali disebutkannya kebaikan mereka,” kata Abu Yusuf.

Itulah serba sedikit tentang Imam Abu Hanifah. Walaupun mungkin kita tidak dapat menjadi sebaik dan sealim Imam Abu Hanifah, namun adalah baik jika kita dapat ikut perkara baik dalam hidup kita.

Esok dah puasa kan? selamat berpuasa semua, dan selamat menunaikan solat terawikh sepanjang bulan Ramadhan ini. Moga amalan di bulan mulia ini akan mendorong kita agar konsisten untuk bulan-bulan seterusnya. Insyaallah..

@fiezaradzi.com – Bila dah membaca, mulalah seronok, dan lupa kat blog.. haha..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *