As salam buat semua. Korang sihat hari ni? harap-harap lah ye.. Oh ye, hari ni borak pasal duit la.. duit, duit, di mana kau duit, duit… Glamer kan lagu tu.. Asal gaji tak masuk lagi, lagu tu mesti dinyah keluar.. hehee.. Tapi bukan nak cerita pasal gaji tak masuk.. bukan..
Macam mana korang semua uruskan kewangan? Di tahap hebat, sederhana atau setiap bulan de saje yang tak cukup? Kalau setiap bulan tak cukup, sedangkan gaji korang banyak, maknanya tahap bawah lah korang punya pengurusan. Boleh ke cakap begitu? Tapi biasalah, kata orang, lagi besar periuk, lagi besar selera kan.. Kalau nak diikutkan gaji berpuluh ribu boleh tak cukup kalau tak pandai nak uruskan.
Saya pun bukanlah bijak pandai dalam urusan kewangan ni, cuma yang biasa dipraktikkan telah berjaya membuat saya menyimpan walaupun sedikit. (de gak orang kata, buat apa simpan duit, baik melabur..) — Lain orang, lain pandangannya kan.. Ada orang nak cepat kaya, ada orang lebih suka akan risiko yang rendah..
Jom kongsi tips bersama, nak?
- Bila dapat gaji, terus je bayar bil-bil atau hutang, atau bagi duit kat mak ayah di kampung.
- Simpan sedikit (banyak pun tak pe) ke dalam akaun yang jarang atau sukar untuk melakukan pengeluaran wang (contohnya ASB dan tabung haji)
- Yang lebih tu boleh enjoy..
- Tapi INGAT, kalau nak ber’enjoy’ dengan duit baki tu pun, perlu berhati-hati, sebab banyak lagi yang diperlukan dalam bulan tu sebelum gaji bulan depan masuk akaun.. contohnya, minyak kereta/motor, duit makan sepanjang bulan atau duit untuk beli barang rumah, duit terdesak, yang mana kadang-kadang duit tu tiba-tiba je kena keluar, contohnya bila kereta tiba-tiba rosak.
- Ada nasihat dari orang, selalulah bersedekah kerana satu bahagian anda keluarkan, sepuluh bahagian anda dapat. Jadi, jom kita sedekah ramai-ramai. Paling kurang kalau singgah masjid tu, hulurkan lah semampu anda.
Selalunya kalau tunggu akhir bulan baru nak simpan dengan alasan tunggu baki duit, memang jawapannya tak simpan lah. Pernah gak buat macam ni dulu, last-last kata tak boleh ni.. Kalau macam ni, sampai bila pun tak de duit simpanan. Jadi, eloklah simpan dulu. Kalau ditakdirkan hujung bulan memang terdesak sangat, barulah keluarkan sikit dari simpanan tu. Kira ok lah sikitkan.. Kadang-kadang tu tak keluarkan pun, sebab rasa macam dah lupa pada duit simpanan tu.. Boleh tak? hehee..
Macam mana korang uruskan duit korang? Tambah-tambah yang dah ada income sendiri dan berkeluarga. Bagi student pulak, macam mana duit pinjaman korang habiskan? Adakah di akhir sem, korang masih meminta dari mak ayah? Tak baik tau.. hihiii… Jom kongsi..
@fiezaradzi.com – bak kata seseorang, makin banyak dapat, makin banyak tanggungjawab kan..
Ni dalam hati rasa banyak benda nak beli. Nafsu, nafsu..
Ketahui lebih lanjut tentang Maybank