Tangan Lebih Besar Dari Dinasour

Posted by

Mesti dari dulu sampai sekarang kita percaya bahawa dinosour adalah binatang yang sangat besar kan. Malah lebih besar dari diri kita sendiri. Kalau kena pijak, sekali je nyawa dah melayang. Dalam filem-filem barat pun dok tunjuk kita ni kecil je berbanding dinosour. Saper kata dinosour tu sangat besar? Ada tangan yang dijumpai lebih besar dari cik dinosour ni tau. Apa? Korang tak percaya? Betul.. tak tipu la.. Kalau tak percaya, cuba tengok gambar ni..

Dah percaya dah? Memang besar, tangan saya dari dinosour ni. Kalau tak, senang je nak warnakan dinosour dalam iPad ni kan. Sebab tangan lagi besar dari cik dinosour ni, maka tak le cantik mana gambar yang diwarnakan tu.. (mod: Padahal memang tak cantik sebab tak kreatif mewarna). Bukan tak pandai cuma tak kreatif. Hehe.. Sebenarnya ni aplikasi yang ada dalam iPad. iPad 2 tak tau ye, tapi yang ini adalah sangat bagus untuk mainan kanak-kanak. (Bukan setakat budak-budak, mak budak pun suka main).

Antara perkara menarik pada kanak-kanak dengan iPad:

  1. Boleh main permainan secara sesentuh (touch screen), jadi lebih nyata berbanding guna PC.
  2. Ada pelbagai permainan yang menarik, seperti belajar menulis ABC, puzzle dengan imej yang menarik, grafik yang cantik (dapat menarik perhatian kanak-kanak), bolej belajar jika kena dengan aplikasi. Lebih menarik berbanding buku.
  3. Boleh suap makan dengan banyak bila anak dah leka main mewarna, buat puzzle henda (sebenarnya panda, tapi slang yang disebut seolah-olah henda..) dan main doraemon memancing.
  4. Kecil, jadi senang kanak-kanak nak pegang, dan senang dibawa. Kalau PC, susah kan..
  5. Anak-anak jadi lebih terkawal di depan mak ayah, sebab iPad tak macam PC, duduk setempat je. Ni kat ruang tamu pun leh main. Apa pun, kawalan dari ibu bapa amatlah penting.

Pendek kata kat atas tu antara kebaikan iPad untuk anak-anak la kan.. Tapi biasalah kan, bila de kelebihan, mesti ada kekurangan gak kan. Sebab tu keluar iPad 2. Haha..

  1. Boleh menjadi terlalu asyik, boleh terlalu leka jika tidak dibendung.
  2. Mata leh sakit kalau lama sangat menatap wajah mainan di iPad.
  3. Of course main iPad ni tak keluar peluh, kecuali duduk dalam bilik yang panas. Tak begitu bagus untuk kesihatan anak-anak.
  4. Asyik guna jari je sentuh atau tulis ABC, kang tak pandai guna pensil. Jadi seimbangkan.
  5. Tiada permainan atau pembelajaran dalam iPad ni guna bahasa melayu, English je. Jadi, de sesape yang nak membangunkan kepakarannya, silalh buat sistem bahasa melayu. Untung oo..

Sesape yang ada duit lebih bolehlah beli, untuk kegunaan sendiri dan juga bagus didedahkan pada anak-anak. Lebih menarik tu ciri yang paling saya suka jika diajar pada anak-anak. Boleh belajar menulis dan mewarna dengan tangan mereka sendiri. Tapi seperti yang saya katakan, kawalan ibu bapa adalah sangat penting. Jika tidak, keburukan teknologi ni lebih menonjol dari kebaikannya. Cara lama (iaitu buku) juga baik, saya tidak nafikan. Apa pun, terpulang kepada anda. Lebih baik seimbangkan kedua-duanya agar anak-anak seiring dan lebih hebat berbanding kita (perkara yang baik ye..)

@fiezaradzi.com – nak tukar hp, saper nak beli nokia C6 saya?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *