Cuti dan Appendiks

Posted by

Assalamualaikum,
Lama tak bersiaran dari blog. Kadang-kadang rasa macam nak berhenti, tapi tak lah kan. Baru ada kesempatan nak update kawan-kawan tentang perkembangan terbaru.

Ye, saya dalam mode bercuti panjang. Al-kisahnya 3 minggu lepas, saya alami sakit perut. Pertama kalinya pergi ke klinik, doktor kata kemungkinan besar keracunan makanan. Balik makan ubat dan dapat MC 2 hari.

Hari yang kedua, sakit teramat, dan terpaksa kejutkan anak-anak seawal 5 pagi. Kami segera ke HKL bahagian kecemasan. Setelah beberapa ujian dan x-ray dijalankan, doktor masih tidak dapat mengenal pasti punca sebenar. Mak ayah yang datang hujung minggu akhirnya membawa saya pulang ke kampung.

Di kampung, macam-macam cara dan doktor dikunjungi, tapi sakit tetap tidak beransur pulih. Akhirnya kami mengambil kepurusan membuat ujian di Hospital swasta di Penang. Seharian membuat ultrasound dan beejumpa pakar, akhirnya doktor mengambil keputusan membedah, kerana ujian menunjukkan tanda-tanda appendiks ada.

Malam itu juga saya dibedah dan esoknya doktor cakap ‘You are very lucky, how can you stand for 2 weeks. It’s really bad.’- speaking pulak doktor.

Apa pun selepas 6 hari di hospital, sekarang saya dah ada di rumah di kampung. Doakan saya cepat sembuh.

@fiezaradzi.com – Ye, saya buat major pembedahan, jadi blog ni mungkin cuti sebentar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *