Duit Raya Sudah Tiada

Posted by

Assalamualaikum,

Bulan menyambut hari raya masih ada. 19 hari sudah berlalu. Ada yang masih menjamu tetamu dengan rumah terbuka, masih ada juga yang bergelut menghabiskan puasa enam dan ada juga yang sudah tiada apa-apa. Biar apa pun situasinya, bersyukurlah kita, masih lagi bernafas di alam nyata.

Bagi yang berkerjaya dan punya anak saudara dan kaum kerabatnya, duit raya mesti tak lupa. Biasanya budak kecil memang paling suka, dapat kumpul duit raya dan sampul raya. lepas tu sampul raya ke mana, duit pun dah lupa. Ada mak ayah yang jaga.

Alhamdulillah, duit raya anak sudah tiada, sebab selamat masuk akaun masing-masing. Kecik-kecik dah ada banyak duit, dengki betul. Masalahnya tak de siapa nak bagi duit raya kat mak budak-budak ni. Sadis..

duit rayaDuit raya, siapa mahu?

Dan kali ni penuh dengan duit raya baru. Semua pakat tukar duit yang baru keluar. Ada jugak lah duit lama tu, tapi kurang. Apa pun, duit jugak kan. Sila lah guna untuk kebaikan, atau simpan untuk diguna di masa depan.

@fiezaradzi.com – Ada sesapa nak bagi duit raya kat saya? Huhuhu…

** opps, patut entry ni keluar sebelum raya, tapi sebab ‘rajin’ sangat, kena lah edit semula.. haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *