Petang semalam, dapat satu berita yang kurang best. Dah jadi adatlah kan, mak bapak yang kerja ni kena la cari orang atau tempat lain untuk jaga anak, sementara mencari rezeki untuk beberapu suap nasi kan.. Pilihan yang kami ada, hantar ke taska yang berhampiran tempat kerja. kalau ada kecemasan, boleh cepat-cepat sampai.
Termasuk tahun 2011 ni sudah hampir 3 tahun lebih kami ulang-alik menghantar anak ke taska. Boleh dikatakan semua cikgu di situ kami kenal, walau pun tidak serapat mana. Paling kurang boleh kami harapkan sepanjang ketiadaan kami di sisi anak-anak. tetapi, petang semalam, telah meragut keselesaan kami yang selama ini bertahkta di hati.
Apa sebenarnya yang terjadi? Tidak.. tidak, anak-anak kami, dua-dua sihat sejahtera. Yang kami kesalkan dan kesiankan pada nasib cikgu-cikgu yang sudah lama menjaga anak kami itu. Kami dapat berita, pengurusan taska akan diambil alih, kerana ada sedikit masalah dengan pengurusan lama. Sudahlah diberi notis yang teramat singkat, malah cikgu-cikgu yang sedia ada denagr katanya akan diberhentikan oleh majikan baru, kerana ia hanya inginkan anak dan saudara-maranya yang bekerja dengannya. Kami diberitahu semalam oleh cikgu-cikgu, hari Sabtu ini, ye esok, adalah hari terakhir mereka.
Susah. Ye, memang susah. Sebabnya kami, terutamanya anak-anak kami sudah biasa dan selesa dengan cikgu-cikgu yang sedia ada. Jika diambil alih, tentu keselesaan itu sedikit sebanyak meragut keseronokan anak-anak semasa di taska. Ye lah, tiba-tiba cikgu yang mereka sayang sudah tiada, dan digantikan dengan orang yang tidak mereka kenali. Bukan setakat anak-anak, kami mak ayah pun tak kenal siapa cikgu, siapa penjaga meraka. hati mak ayah mana tidak tenteram kan..
Kalau kawan-kawan di tempat saya, apa yang bakal korang buat:
- JAGA ANAK SENDIRI – memang ini idaman hati, tetapi buat masa sekarang belum diizinkan. Harus menampung mana-mana yang perlu. Tapi, saya akan berusaha ke arah itu.
- KEKALKAN ANAK DI TASKA SEDIA ADA – kata orang alah biasa, tegal biasa. Maksudnya mungkin juga mereka yang baru berpengalaman, mungkin juga mesra kanak-kanak. Tapi risiko tetap ada, sebab kami tidak pernah melihat mereka, apatah lagi mengenal. Cikgu-cikgu biasa pun tak ada. Yang ada orang baru, yang belum tentu faham karenah anak-anak.
- TEMPATKAN ANAK DI TASKA BARU – Yang ini satu pilihan lain, yang mana kami hantar anak ke tasaka yang lama dibina. Tetapi, yang dikasihankan ialah anak-anak. Sudahlah cikgu mereka tiada, malah silap-silap kawan-kawan biasa pun tidak berjumpa. Kena kawan balik dengan budak-budak baru. Ah, sungguh kasihan.
- CARI PENGASUH – Mencari pengasuh yang baik di KL ni, bukanlah sesuatu yang mudah. Sudah banyak kes melibatkan pengasuh ni. Lagi, keadaan di nombor 3 tetap berlaku.
Jadi, mana satu pilihan kami mak ayah ni yang terbaik ye? Sungguh susah hati untuk menghadapi hari Selasa yang mendatang ini. Berilah jalan terbaik untuk kami, Ya Allah.. Lagi satu, kesian kat cikgu-cikgu yang diberi notis akhir tu. Itulah, harapkan pagar, pagar dilanggar jentolak, cikgu yang diberhentikan oleh majikan mereka.. Sungguh kesian..
@fiezaradzi.com – Alangkah bestnya kalau tiap-tiap hari sepanjang hari dapat tengok anak depan mata…