Tak Kenal Maka Tak Cinta

Posted by

Assalamualaikum,

Ada terbaca rakan blogger kita tentang persoalan bila cinta, apa berlaku..Rujuk sini kalau nak tahu.. Macam-macam yang bagi pandangan sebab ada yang dah tahu, dan ada yang belum pernah ketemu. Jadi, ambil masa selak satu-satu..

Sebenarnya apa penyebab berlakunya cinta? Banyak kan.. banyak.. Leh la lau nak senaraikan satu persatu. Ada yang jatuh cinta pandang pertama, ada yang kenal cinta selepas bertahun-tahun bersama, malah ada juga yang tidak jumpa cinta walau pun sejak kecil sentiasa berjumpa.

Walau apa pun puncanya, keserasian jiwa adalah sesuatu yang penting dalam membina cinta dan rumah tangga, yang akhirnya hidup aman bahagia. Mungkin ada yang berkesudahan di alam rumah tangga dek kerana penangan tertarik akan fizikal, dalam erti kata lain, tertarik kerana wajah dan paras rupa, namun sedarkah tanpa keserasian jiwa, tidak mustahil rumah tangga yang dibuna mungkin roboh di tengah jalan. Nauzubillah, minta dijauhkan.

Semakin kuat keserasian antara dua jiwa, semakin kuat rasa cinta. Keserasian jiwa boleh mewujudkan kesefahaman dan akhirnya cinta wujud antara keduanya. Berbanding cinta bertunjangkan fizikal, yang bersifat subjektif dan semenatra. Ia boleh berubah memnadangkan fizikal masing-masing boleh berubah seiring meningkatnya masa. Maka, ia kurang kuat berbanding jika ada keserasian jiwa, malah mungki roboh jika hadirnya pihak ketiga yang fizikalnya lebih muda bergaya.

Rasulullah SAW sendiri berpesan agar mencari pasangan yang baik agamanya. Jika baik agamanya, maka baiklah jiwanya. Keserasian jiwa lebih mudah terbentuk. Bila ada keserasian jiwa, maka kuranglah masalah dalam rumah tangga.

Sedikit  statistik dari akhbar yang menunjukkan:

  • 137,570 pasangan beragama Islam di seluruh negara atau lebih 20 peratus yang berkahwin dalam tempoh 2005 hingga 2010, kini telah bercerai.
  • Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan graf perceraian dari 2005 hingga 2010 meningkat daripada 17,749 kepada 28,035.
  • Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mendedahkan, 3,019 atau lebih 52 peratus perceraian di kalangan pasangan muda berusia 16 hingga 40 tahun berlaku pada lima bulan pertama tahun ini.
  • Perceraian di kalangan pasangan muda meningkat saban tahun akibat gagal menjalankan tanggungjawab, masalah pihak ketiga iaitu campur tangan keluarga serta ‘kekasih gelap’, ekonomi dan tabiat atau watak kritikal pasangan.

    Sumber dari akhbar utusan, 29 Disember 2011. Di sini

Jadi, usahakan terbaik untuk mencari keserasian jiwa anatara suami isteri walau apa pun punca perkahwinan. Insyaallah, dengan izinNya, berkekalan sehingga ke syurga. ameen..

@fiezaradzi.com – Tak suka la tengok drama yang menunjukkan kelemahan rumah tangga ni, cuba buat cerita yang membina sikit.. yang positif ajer.. Oopss, saya bukan doktor pakar cinta ye..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *