Harga Rokok Naik

Posted by

Salam satu Malaysia. Dalam surat khabar hari ni hampir kesemuanya de berita pasal rokok ni. Harga rokok akan dinaikkan berkuat kuasa hari ini. Puratanya dalam 60-70 sen. Kerajaan bercadang untuk mengurangkan perokok di negara Malaysia. Rasa-rasanya bolehkah tujuan itu terlaksana?

  1. Rata-rata yang dilihat, kenaikan harga rokok bukan penyebab perokok berhenti merokok. Malah ada yang sanggup berhabis demi teman yang satu ini.
  2. Mungkin dari satu sudut dapat menghalang pelajar-pelajar dari menjadi perokok dalam usia yang muda – mereka belum kerja, jadi harga rokok yang mahal mungkin dapat mengekang mereka. (Tapi tak mustahil jugak mereka berkongsi duit untuk benda ni kan..hehe)
  3. Agak sukar menghalang bagi mereka yang bergelar perokok tegar.
  4. Mungkinkah boleh diharamkan sahaja pengimportan rokok jika benar-benar bertujuan mahu menghentikan tabiat rokok ini.

Apa pendapat rakan-rakan sekalian? Adakah antara anda yang bergelar perokok? Apa anda rasa berkenaan kenaikan harga rokok ini? Atau ada tips untuk berhenti merokok?

@fiezaradzi.com – kurang gemar dengan asap rokok.. apatah lagi jika yang dilihat merokok adalah mereka yang masih berpakaian baju seragam sekolah

** Kata suami dulu di Iran pernah diharamkan merokok, arahan itu sangat dituruti kerana berdasarkan kepercayaan mereka – tanya beliau untuk cerita lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *