Ada 3 persoalan di sini. Kawan-kawan berblog atau berkomputer:
- Gunakan komputer ‘desktop’ atau ‘laptop’?
- Kalau gunakan laptop (komputer riba), pernah letakkan di atas paha?
- Kalau pernah, berapa kerapkah melakukan aktiviti tersebut?
Bukan apa, ada laporan mengatakan tabiat menggunakan komputer riba atau laptop di atas paha ini boleh mengakibatkan sindrom kulit terbakar – memetik laporan penyelidik dari Switzerland.
Macam mana sindrom tu?
- Warna kulit tidak sekata
- Kulit berbintik-bintik
Semuanya kerana terdedah kepada kepanasan atau bahang panas dalam tempoh yang lama. Lebih-lebih lagi jika komputer riba bersentuhan secara langsung (tiada kain/lapik) di antara kulit dan komputer anda.
Tahukah anda?
- Suhu di bahagian bawah komputer riba boleh mencecah sehingga 52 darjah Celsius.
- Antara penyumbang salah satu daripada sepuluh kes berkaitan komputer riba yang dilaporkan dalam jurnal-jurnal perubatan sejak 2007.
- Secara umumnya tidak berbahaya, bagaimanapun kulit boleh menjadi gelap secara kekal. — Kesian paha yang putih melepak tu jadi gelap.
- Juga boleh menyebabkan kanser kulit pada bahagian yang terdedah.
- Sindrom pernah berlaku di kalangan pekerja yang berada terlalu dekat dengan haba panas seperti pembuat roti dan peniup kaca.
Sumber dari: kosmo
@fiezaradzi.com – walaupun nama laptop, tapi jangan letak atas lap (paha) ye…