Lelaki Liat Berpuasa..kah?

Posted by

Salam Ramadan. Puasa tak hari ni. Dah lama sangat blog ni tak berupdate kan? Sindrom biasa berlaku.. ehheee.. Ok, berbalik kepada tajuk di atas. Lelaki Liat Berpuasa. Betul ke? Semalam di tv ada sembang-sembang bersama adik-adik di Forum Perdana. Dalam sembang-sembang tu pengacara ada cakap selalunya budak perempuan ni kurang sikit aktiviti ‘nakal’nya ketika di bulan puasa. Nakal tu maksudnya curi-curi makan/minum semasa berpuasa. Kawan-kawan pernah tak ponteng puasa tanpa orang lain tahu? Maksudnya pernah tak curi-curi makan atau minum, tak kisah la time kecik ke atau time dah besar panjang ni?

Lagi satu betul tak tajuk di atas? Bukan apa, baru-baru ni ada satu berita yang memaparkan aktiviti lelaki melayu di bulan puasa semasa berada di kedai mamak tersorok di pagi hari. Memang sah lagi bersuluh mereka ini bukan sekadar membeli nasi yang dibungkus, lebih mengejutkan mereka makan di situ. Untuk bersangka baik, yang membeli bungkus tu mungkin untuk isteri atau pasangan yang tidak dapat berpuasa. Tetapi macam mana pula dengan kes makan sambil hisap rokok di kedai itu sendiri?

Kadang-kadang terfikir juga, tidak malukah mereka? Dan rata-ratanya adalah golongan lelaki, yang sepatutnya tiada masalah dalam berpuasa melainkan ada masalah kesihatan dan keletihan. Tetapi apa kes jika makan di tempat awam (walaupun kedai bertutup)? Tidak segankah mereka dengan Pencipta Yang Satu, dan seolah-olah tiada langsung rasa hormat di bulan mulia ini.

Boleh dikatakan dalam 10 orang ke kedai itu, 8 daripadanya adalah lelaki. Apa cerita tu? Takkan semuanya letih atau sakit? Apa-apa pun, tepuk dada tanya iman. Tidakkah lebih liat unuk menggantikan puasa di kemudian hari? Sedangkan kanak-kanak kecil mampu berpuasa apatah lagi golongan dewasa ini? Berpuasalah jika tiada masalah kerana itulah yang dituntut dalam agama.

@fiezaradzi.com – Paling kurang hormatilah bulan Ramadan. Berpuasalah selagi terdaya. Salam Ramadan

* Apa pengalaman puasa anda yang tidak dapat dilupakan sehingga sekarang?

** Cadangnya nak buat kontest satu hari nanti. Ok tak? Agak-agak de ke orang nak join ek.. hihihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *