Assalamualaikum,
Tinggal beberapa jam sahaja lagi (tak sampai 24 jam pun) Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013 (#sbb2013) bakal berlangsung. Rasanya tak payah cakap majlis apa kan.. Anjuran denaihati.com, majlis bakal berlangsung pada jam 2.00 petang di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Sabtu ini, 26 Januari 2013.
Sepetang Bersama Blogger 2013
Ada beberapa sebab kenapa saya nak pergi majlis itu, walaupun saya tak masuk pertandingan Menang iPhone 5 anjuran abang itu. Nak tahu kenapa?
- Ini adalah majlis bersama blogger pertama yang bakal dihadiri. Walau pun mungkin saya tak sepenuhnya ada dalam majlis, sebab ada 2 orang askar kecik kena jaga dan tengok. Apa pun, akan cuba seboleh mungkin untuk hadir bersama. Mungkin akan ada acara lari berganti-ganti bersama orang ini.
- Tanda sokongan kepada orang ini sebab si dia teringin sangat nak pergi. Antara peserta iPhone 5, rugi pulak tak hadir kan. Sokongan dari siapa lagi kalau bukan isteri sendiri kan?
- Majlis free je pun, lagi dekat juga dengan rumah, rugi tak datang. Bukan setakat blogger dari Penang, Johor dan Terengganu (harap tayar kereta dia ok) turun sama, tapi dari Brunei pun ada.
- Nak jumpa para blogger sekalian yang tak pernah jumpa. Jumpa di alam internet je seperti kakak ini, kakak siti, dan juga ‘adik’ itu. Manalah tahu dapat peluang jumpa 10 blogger terbaik malaysia. Dengar khabar, ‘adik itu’ pun jadi pergi. Ye lah, nak tengok juga, dia kata dia kacak bebenor. Meh, akak ni nak tolong konfem kan. Manalah tahu, kot-kot dia bungkus cendol untuk kitorang. Eh, Ain maisarah tak marah kot kan…
- Kerja kat rumah dah settle sebab semalam cuti. Tak lah risau baju tak berbasuh ke, baju sekolah anak kering ke tak, asyik hujan ni. Lagi pun anak cuti hari Isnin ni, tak ada perkara nak dirisaukan.
- Mula-mula suruh suami pergi sorang-sorang je, biarlah diri ini menjaga askar dua orang tu. Tapi bila semalam dia berarak pakai baju melayu, tak jadilah akak nak bagi dia pergi sorang. (butang baju abang mana pah..) Uih, mintak dijauhkan. Tak lah, chek percaya kat suami chek tu. Ada sesuatu nak diraikan sebenarnya.
- (Ni alasan dari orang itula). Dia kata dia dah mimpi kayuh basikal dari Hotel Singgahsana tu. Kita tengoklah mimpi dia menjadi ke tak..
Cukup, cukup. Lebih dari cukup dah ni. Macam-macam perasaan ada, resah, berdebar, takut boleh turun ke tak, macam nak ambil periksa pulak dah. Jadi, blogger yang hadir #sbb2013 nanti, kalau nampak ‘makcik’ muda ni, silalah tegur. Saya pemalu orangnya.. Hukhuk..
@fiezaradzi.com – Salam kenal ke 10. Apakah ini? Layan aje lah…