Assalamualaikum kepada semua rakan,
Sedih hati terbaca kes-kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita ini. Ingatkan kes buang bayi ni dah tutup buku, tiba-tiba ada pula berlaku. Yang menghairankan, ‘mereka’ yang terlibat dalam pembuangan bayi ini senang je bersalin. Bila baca kronologi kes, ternyata sakit mereka bersalin buang bayi ini kalau ada, mungkin sikit sahaja berbanding dengan pengalaman bersalin anak pertama dan kedua kami.
Ada yang kata, mereka ini telah ditarik rasa sakit bersalin itu oleh Allah. Sakit bersalin ini satu rahmat sebenarnya. Kalau ada mak-mak yang ditakdirkan Allah meninggal ketika bersalin, seolah-olah mati syahid. Apa pun, marilah kita berdoa agar kes-kes pembuangan bayi ini berkurang dan hilang di negara kita. Marilah kembali ke fitrah sebenar manusia.
Permata Hati
Hari ini, saat entry ini disiarkan, 23 Januari 2013, 10.25 pagi, genap 2 tahun kelahiran anak kedua, merangkap putera sulung kami. Pengalaman mengandung dan bersalin ternyata berbeza bagi kedua-dua anak. Tetapi masing-masing masih terlalu baik bagi kami. Kurang meragam, senang dijaga cuma berat badan mama saja yang naik. Tapi masa anak pertama, berat badan selepas bersalin jadi macam remaja dulu-dulu, 45kg je. Nostalgia.
Untuk hari ni, selamat hari lahir buat Ahmad Hariz bin Ahmad Hafiz. Semoga pertambahan umur membuatkan anak kedua mama lebih sihat, ceria dan membesar menjadi anak yang soleh, yang diredhai Allah dan senang dunia akhirat. Biasa dengar celoteh kakak di blog ini kan, si adik ini cakap pun bercampur-campur lagi, jadi celotehnya tak pula abah coretkan. Tapi ada persamaan kedua-dua adik beradik ini.
Hariz, bermaksud pelindung, sesuai dengan si adik yang suka lindungi mama dari ‘serangan’ abah. Jangan salah sangka, kadang-kadang bila kami bergurau ‘ganas sedikit’, si adik akan cepat-cepat marah abah. Sama macam kakak sewaktu kecil. Kadang-kadang boleh ketawa melihat aksi adik ni. Lepas marah, ada la bebelan dari dia.
Mengimbas kembali sewaktu adik lahir, cukup berbeza dengan kakak. Kakak lahir dengan rambut yang lebat, kening yang hitam dan dengan mudah menyusu badan. Tetapi adik, keluar dari perut dengan kening yang nipis, agak sukar menyusu pertama kali dan rambut juga nipis serta mencacak seperti rambut Zaquan Adha (dulu-dulu la). Bila dah besar ni, perangai dah hampir-hampir sama la. Suka kacau satu sama lain, dan banyak cakap.
Satu kekesalan yang ada dalam diri, sampai sekarang ialah saya tidak sempat menyusu kedua-duanya secara berterusan selama dua tahun. Kakak, hanya sekitar setahun enam bulan, adik pula sekitar setahun tiga bulan. Kedua-duanya ada sebab tersendiri. Jeles pulak tengok orang menyusu lama-lama, ada yang lebih dua tahun. Jeles.
Apa pun, mama harap adik terus membesar sebaiknya. Kurangkan menangis, jadi lebih kuat. Ingat, mama dan abah saya keduanya. Kamu berdua permata hati mama dan abah.. Dan tidak lupa pada si abah yang turut menemani mama masa adik nak keluar tu. Memang lain semangatnya.
@fiezaradzi.com – Rindu nak ada baby kecil, tapi tunggu hingga badan betul-betul bersedia selepas pengalaman ini.