Assalamualaikum,
Dah tiba di penghujung bulan dah. Esok dah bulan 7. Habis hari ni, bermakna habis sudah separuh tahun. Cepat kan, cepat kan?.. Berbalik kepada tajuk, sekarang ni dah jadi satu kebiasaan, hari Isnin, pukul 9 malam mesti tengok tv3. Citer ape? Citer Juvana. Kisah remaja yang disabitkan pelbagai kesalahan dan dimasukkan ke sekolah khas. Kalau kat Penang, dulu-dulu Pulau Jerejak tu sangat popular sebab ada Sekolah Henry Gurney. Sama la tu. Dalam banyak-banyak cerita melayu, Juvana ni rasa best sebab lain sikit dari drama biasa. Sama kes macam drama Nur Kasih dulu.
gambar, terima kasih mygluta.blogspot.com
Selalunya kita akan pandang rendah, atau pandang buruk pada mereka yang ada kat sekolah macam ni. Sama jugak pemikiran kita terhadap mereka yang masuk penjara atau pusat serenti. Kadang-kadang tu siap cakap, ‘tak de kerja lain dorang ni, asyik buat hal je. Padan muka masuk penjara’. Macam-macam lagi la kata-kata nista yang dilempar kepada mereka ini. Ada tu siap ejek-ejek, bukan kepada pesalah, tetapi kepada anak-anak dan juga ahli keluarga pesalah. Kesian juga bila difikirkan. Tapi itulah mentaliti dan juga sikap tradisi masyarakat kita. Ada juga yang keluar dari pusat-pusat pemulihan ni cuba untuk berubah, tetapi apabila tidak diberi peluang, maka mereka kembali ke keadaan sebelumnya.
Memang benar ada yang dimasukkan ke tempat sebegini disebabkan memang kesalahan yang dibuat. Tapi kadang-kadang kita lupa, kenapa mereka melakukan perkara tersebut? Ada yang disebabkan desakan hidup, pengaruh rakan, pengaruh media dan ada juga yang melakukannya tanpa disedari. Mungkin difitnah. Walau apa pun sebabnya, mereka saja yang tahu kenapa. Bila tengok citer Juvana tu, terus kembali ke realiti. Memang ada sesetengah mereka yang tidak patut dimasukkan ke situ, dan ada jugak yang perlukan didikan serta bimbingan untuk mereka kembali.
Namun, sebagai seorang manusia yang dianugerahkan akal fikiran dan waras, seharusnya pelaku kesalahan atau remaja yang terlibat ini perlu berfikir sebelum mereka melakukan perkara tersebut. Itulah sebabnya kita dianugerahkan minda yang sihat. Lainlah kalau akal itu kurang waras. Dan lebih penting, kita dibekal pegangan agama yang sepatutnya mampu menghindar dari melakukan perkara buruk.
Siapa yang tidak pernah melakukan kesalahan kan? Tidak ada seorang pun yang benar-benar betul atau orang kata 100% baik. Setiap dari kita pernah melakukan kesalahan. Cuma bagaimana kita bangun dan membetulkan kesalahan yang kita buat. Perkara penting dalam hal ni ialah sokongan ahli keluarga dan juga penerimaan semula masyarakat. Apa salahnya memberi peluang kedua kepada pesalah-pesalah ini untuk membetulkan kesalahan lampau mereka. Insyaallah, dengan bimbingan, sokongan dan doa kita, mereka mampu benar-benar berubah. Alangkah baiknya..
Jadi, jangan pandang rendah atau serong pada mereka-mereka ini. Kadang-kadang hidup mereka di dalam sana lebih menderita dari mereka di alam masyarakat sebenar. Lihat saja plot cerita Juvana yang penuh dengan debaran dan yang paling saya suka, semangat unutk berubah yang mereka tunjukkan semasa mereka di dalam sana.
Bagi yang minat cerita ni, jangan lupa saksikan lakonan Zahiril Adzim, Bront Palare, Beto, Fimie dan ramai lagi pukul 9malam setiap hari Isnin di tv3. Kalau yang minat dengan tunang Shera Ayob ni boleh le ke hasil tulisan pelakon Daim ni. Atau ada yang berminat follow twitter beliau..
@fiezaradzi.com – manusia penuh dengan prasangka di bumi yang semakin menginjak ke zaman tua.