Membaca dan Menang Buku Percuma

Posted by

Assalamualaikum,

Bersyukur kita masih lagi bernafas di bumi yang masih aman damai, biar pun ada juga yang sedang hangat dibicarakan. Sekurang-kurangnya tiada pertumpahan darah yang besar-besaran seperti di bumi Palestin. Memetik dari sebuah buku, bahawasanya Rasulullah pernah berkata, “Sesungguhnya perbezaan pendapat itu adalah rahmat’.

Mood menulis makin berkurangan, mood membaca pulak yang ambil alih. Nak habiskan sedikit lagi buku berkenan 4 Imam besar, lepas tu boleh sambung baca buku lain. Ini antara buku yang sempat kami hilangkan dari rak buku kedai tu..

bukubuku

Yang dua buah tu milik tuan punya blog hafizmohd.com, yang mana bakal menjadi antara 2 orang yang bernasib baik kalau join contest ni. Sila pergi tengok ye, apa syaratnya. Yang satu warna ungu tu nak bagi pada si kakak, biar dia tak pandai baca lagi, tapi mesti dia suka dapat buku. Lagi 2 mak dengan ayahnya punya la. Ada 2 buku yang sama, sebab tuan penganjur contest pun nak baca buku tu, takkan nak perabih baca baru bagi kat kawan-kawan kan? Tak adil tu.. Hehe.

Jadi sesiapa yang berminat nak dapatkan buku percuma bertajuk ” Gadis Kecil di Pinggir Gaza” dan “Perang Arab-Israel 1973” sila ke Menang Buku Percuma di hafizmohd.com ye. Jangan lupa. Ok, nak sambung buat ‘kerja’.

@fiezaradzi.com – Tak rugi beli buku dan baca, banyak yang makin tak tahu bila kita mula membaca. Tengah berkira-kira nak join satu contest gak ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *