Semuanya Kerana Cinta

Posted by
c

Selamat hari Selasa. Kengkawan sanggup lakukan apa sahaja demi cinta? Jangan.. kalau cinta untuk Allah, teruskan niat tu. Tapi kalau demi cinta kepada kekasih, baik lupakan sahaja.. Tak pasal-pasal lain pulak jadinya. Semalam, terbaca di akhbar mengenai mangsa yang menolak cinta lelaki ini. Habis rumah dibakar. Nasib baik ada jiran-jiran yang prihatin. Kalau tidak…

Apa ada pada cinta? Teringat citer kegilaan ramai dulu ni.. Cinta indah kalau kita gunakan dengan baik. Cinta boleh jadi gila kalau tidak pandai dikawal. Sebab tulah kes seperti kat atas tu terjadi. Malah sebab cinta juga lah, si anak sanggup larikan diri ikut kekasih yang baru dikenali, akhirnya menyesal tak sudah.

Kerana cinta juga, si kekasih sanggup gadaikan diri dan maruah – kerana sayang dan sebagai bukti cinta kepada si kekasih. Kerana cinta juga si kekasih sanggup terjun membunuh diri tanpa memikirkan dosa, keluarga dan tugas yang menanti. Sedangkan semua tahu itu cuma bersifat sementara. Janganlah kerana kasih yang baru disemai kita sanggup lupakan iman dan agama.

Si kekasih sanggup berhabis duit, bergolok-gadai – semua kerana cinta. Tidak salah berkorban untuk cinta. Tapi biar berpada. Janganlah habis madu sepah dibuang. Kelak nanti, diri sendiri yang rugi. Bukan si kekasih hati. Kan??

*fiezaradzi – jangan mudah mengikut hati, kelak diri yang rugi, apatah lagi seorang perempuan yang ada harga diri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *