Setahun Bersamanya

Posted by

Assalamualaikum,

Dah banyak hari terperap entry ni. Tak keluar-keluar. Nasib baik tak jadi jeruk atau pun kimchi. Oh ye, sebenarnya 28 Jun hari tu adalah hari terakhir hosting dan domain blog ni. Jadi, faham-fahamlah kan kalau domain berbayar. Tak kan nak bagi free kan?

Sebenarnya sepanjang setahun bersama si dia ni memang terbaik. Sebelum ni guna hosting dari syarikat lain. Banyak masalah saya hadapi. Blog tak boleh bukak la, tukar theme semua bermasalah dan macam-macam lagi.. Sebab tu di awal kemunculan blog ni ada je yang bermasalah. Tapi selepas hampir 6 bulan, fiezaradzi dot com bertukar penyedia, alhamdulillah, ok je. Dah genap setahun dengan hosting baru, setakat ni tiada masalah. Blog boleh dibuka dan yang paling best, service dari penyedia. memang terbaik. tip top. kejap je buat aduan, terus dapat balasan dari mereka. Terima kasih banyak-banyak buat Netkl. Tahun ni dah pun sambung lagi setahun. De jodoh lagi nampaknya.. Hehe harap-harapnya jodoh ni terus panjang ye.

Memang setakat ni boleh puji service dorang dan pengurusannya. Terbaik NetKL. Sesape yang teringin nak tukar hosting, jangan lupa boleh ke website dorang.. Kat sini ye..

@fiezaradzi.com – bila service terbaik, orang pun suka.. kan..kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *