Baru-baru ini kerajaan berhasrat untuk memberi status permaustatin tetap atau PR buat pelajar luar negara yang belajar di sini. Tetapi status itu bukan untuk semua, sekadar buat mereka yang ditaja dan cemerlang dalam bidang masing-masing. Sebabnya adalah supaya pelajar luar ini dapat berkhidmat di negara kita setelah habis pengajian mereka.
Menurut pihak kementerian juga, cara ini sudah banyak diguna pakai bagi negara-negara maju. Kepintaran dan kepakaran pelajar luar ini diharapkan dapat membantu negara lebih maju dan hebat di dalam sesuatu pekerjaan. Namun begitu, menurut sesetengah pihak pula ganjaran PR adalah sesuatu yang terlalu besar untuk diberi kepada pelajar asing ini. Ada juga suara-suara yng mengatakan apakah tidak cukup bagus pelajar-pelajar dalam negara? Ada pro dan kontra dalam perkara ini.
PRO
- Dapat menggunakan kepakaran asing jika benar mereka ini berbakat dan berpotensi.
- Memberi peluang kepada rakyat asing berminat untuk mencurahkan bakti di dalam negara
- Wujudnya pelbagai bangsa di Malaysia dan wujud satu keunikan
KONTRA
- Menutup peluang pelajar dalam negara dalam sesuatu bidang pekerjaan
- Terlalu besar ganjaran
- Mungkin wujud masalah lain seperti masalah sosial jika terlalu ramai mendapat PR
Apa pun, pendapat saya kajian terperinci perlu dilakukan bagi mengenal pasti sama ada benar-benar berbaloi atau tidak jika status PR ini diberi. Pelbagai aspek perlu difikirkan demi menjaga keharmonian dalam dan luar negara.
@fiezaradzi.com – Ramai pelajar Malaysia berkhidmat di luar. Apa kata fikirkan cara bagaimana menarik mereka ini balik mencurahkan bakti di Malaysia setelah menimba pelbagai ilmu di luar sana.