Belanda Ke Final

Posted by

Malam tadi sanggup bersengkang mata untuk menonton perlawanan separuh akhir Belanda menentang Uruguay. Penantian tidak lama bila Belanda mula menjaringkan gol pertama melalui Bronckhorst. Namun, sebelum tamat separuh masa pertama Forlan berjaya menyamakan kedudukan. Babak kedua menyaksikan Belanda menjaringkan 2 gol manakala Uruguay menambah satu gol di saat masa tambahan diberikan. Keputusan kekal 3-2 menjadikan Belanda layak ke final Piala Dunia 2010.

belanda

kredit: fifa.com

Belanda menang dalam kesemua perlawanan pada Piala Dunia kali ini. Di final nanti, Belanda akan bertemu sama ada German atau Spain. Sama-samalah kita saksikan. Oh ye, sotong kurita Paul de meramalkan Spain menang ke atas German. Namun, sama-samalah kita saksikan. Berharap juga German akan ke final. Yang pasti pagi nanti adalah penentunya.

Pendapat saya kali ini Belanda bermain sedikit kucar kacir sehinggalah gol kedua dihasilkan. Selepas itu, barulah nampak lebih sistematik dan teratur. Mungkin kawalan pertahanan Uruguay hebat sangat kot. Apa pun, tahniah buat Belanda… Tak sangka lak rasa hati nak sokong Belanda tak sia-sia bila mereka dah sampai sini. Ada juga yang kata, sokong pun bukannya dapat apa. Saya sekadar sokong, sekadar memeriahkan suasana. hehee… Suke tgk aksi coach Belanda.. (ni bukan kes minat coach ye..hihi)

@fiezaradzi.com – Nampaknya malam ni tidur depan tv lagi la…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *