berubah

Status Baru

Posted by

Assalamualaikum,

Lama sangat rasa tak menulis di sini. Skill menulis pun agaknya dah berkarat sampai tahap tersekat-sekat jalannya. Semuanya bermula lepas perubahan tempat kerja. Kalau dulu, ada banyak masa dan benda nak dikongsikan, sekarang mungkin banyak nak kongsi, tapi masa sangatlah terhad. Penat, letih, tak de semangat. Macam-macam la yang ada sekarang ni.

Kalau dulu, ada je masa nak mengarang satu dua artikel. Sejak mula kerja tempat baru, hilang semuanya, tiba-tiba. Tapi bukanlah salah tempat kerja baru, diri sendiri yang rasa. Dulu, pukul 9 pagi boleh lagi bermalas-malas nak pergi kerja, hantar anak ke taska dan makan-makan dengan encik suami. Tapi sekarang lepas subuh je nak siap-siap bertolak kek tempat kerja. Tak sempat pun nak hantar anak-anak ke sekolah. Sempat cium pipi dan bersalam je.

Selain dah tukar tempat kerja baru, ahli keluarga pun dah tambah berbanding masa aktif dulu. Anak bongsu keempat pun dan nak masuk 3 tahun. Yang puteri ketiga dah darjah 1 pun! Cepatnya masa berlalu. Kadang-kadang terfikir, perlu tak nak aktifkan blog setiap tahun, nak buang, sayang tu masih ada. Terkenang-kenang kenangan lama, bersama-sama blogger dulu-dulu, yang ada tu xpernah jumpa pun. Ukhwah tu lain macam.

Kerja, tak pernah habis. Dulu, dekat dengan rumah, kemudian jauh sikit, sekarang lagi jauh. Tak tahu la mampu bertahan ke tak. Ala, ada je cakap, lain negeri pun boleh travel. Tapi tu orang lain. Lain orang, lain masalah dan lain keutamaanya. Apa pun, terima je dan bersyukur. Sekurang-kurangnya masih ada orang sekeliling.

One comment

  1. waaaaaah! tahniah sebab ada entri baru. moga lepas ni lebih semangat nk update paling tak sekali seminggu. ramai yg tunggu nk baca ni (sayalah orgnye..hehe)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *