Tempat Menarik di Pulau Pinang

Posted by

Assalamualaikum,

Tempat Menarik di Pulau Pinang. Masa cuti hari raya baru-baru ni, adik perempuan saya mengajak kami sekeluarga ke tempat perangin di Pulau Pinang, Bukit Bendera.

Ye, dah lama sebenarnya tak menjejakkan kaki di sana. Lebih 10 tahun rasanya. Bagi suami pulak, memang tak pernah saya ajak ke sana.

Sebab tu, kami setuju pergi. Hari Selasa, mungkin di saat ramai yang dah bekerja, perjalanan kurang sesak. Melalui Jambatan Kedua Pulau Pinang (yang kedua belum siap), senang sangat nak ke Bukit Bendera@ Penang Hill ni. Kalau tak tahu juga, boleh je guna GPS yang kebanyakannya dah ada dalam kereta.

Nasib kami 3 keluarga (abang yang kedua dan keluarga pun ikut serta) baik, sebab tak perlu beratur panjang dan lama. Mungkin belum ramai, atau dah ramai naik. Yang menariknya, harga tiket ada pakejnya. Kalau orang dewasa, biasanya RM8 seorang, dan kanak-kanak dan warga emas RM4. Tapi sebab ada pakej 3 dewasa 1 kanak-kanak, cuma RM17 je kami bayar. Kanak-kanak bawah 4 tahun tak perlu bayar.

Harga Tiket Keretapi Bukit Bendera

Dewasa — RM8.00

Kanak-kanak (Lebih 4 tahun) — RM4.00

Warga Emas — RM4.00

Warga OKU dan Kanak-kanak Bawah 4 tahun — Percuma

Bukan pemegang Mykad — RM30.00

PAKEJ

2 Dewasa 1 Kanak-Kanak RM17.00

2 Dewasa 2 Kanak-kanak RM18.00

(Kena sertakan MyKad masa beli tiket)

Ada lagi pakej tu, tak ingat sangat. Sebelum naik tu ada kat papan dia.

tiket photo tiketbukitbendera_zps4b525c7e.jpg

Tunggu keretapi pun sekejap je, walaupun masa sampai tu, baru je satu kumpulan berlepas. Kalau ada anak ni, tunggu lama-lama memang boleh jadi angin. Keretapi pun dah baru, dulu warna merah, sekarang dah tukar warna biru. Kalau dulu, perjalanan naik ke Bukit Bendera memang terasa lambatnya, tapi masih boleh menikmati pemandangan yang cantik, tak terusik. Sekarang perjalanan cepat, tapi nak menikmati pemandangan alam tu tak terasa sangat lah. Ada baik buruknya di situ.

nak naik photo naknaik_zpsc39d866a.jpg

ini masa nak naik

rail photo rail_zps65bdb1b8.jpg

jalan keretapi

Dari segi angin dan keadaan di atas, menarik. Angin pun terasa dan sejuknya pun masih terasa. Sama ada kami pergi kena waktunya atau mungkin juga kurang kenderaan di atas bukit yang menyebabkan ia mungkin lebih sejuk berbanding Cameron Highland. Tengok nasib jugaklah kot.

atas bukit bendera photo pemandangan_zpsefb0aabe.jpg

dari atas bukit bendera

sepupu photo sepupu_zps4489e6dd.jpg

bersama mak sedara dan sepupu sepapat

Sempat kami pekena makan tengahari dan teh ais di food court kat situ. Dengan harga yang berpatutan, boleh sangat ke sini lagi sekali. Ada juga yang bergurau, lepas ni balik kampung mesti datang Bukit Bendera, sebab nak minum teh ais. Sedap teh ais Bukit Bendera ni. Murah je pun, RM1.50 kalau tak silap. (Tiba-tiba teringat kat teh ais tu, teh ais Kak Pah pun tolak tepi).

bukit bendera photo bukitbendera_zps0bf0294c.jpg

dah sampai bawah

sekali je photo sekalije_zpse3999ce4.jpg

“Mama, nak aik ketapi skali je agi” – budak ni mintak naik sekali lagi masa dah turun

Lepas habis berjalan, kami turun dan pergi ke Taman Belia Pulau Pinang. Tempat yang masih terjaga baik di Pulau Pinang rasanya. Masih menghijau dan terjaga rapi. Kalau ada yang ingin bersama keluarga di tempat permainan kanak-kanak, nak padang, nak bersenam ala-ala gym bakar lemak, nak memanah, malah kalau ada yang nak bermandi kolam, kat sinilah tempatnya. Pendek kata ada macam-macam aktiviti boleh dicuba. Masuk percuma pulak tu. Mungkin ini kali pertama kot saya ke sini. (Nama je orang Penang…)

 photo tamanbelia_zpsa33ffbed.jpg

Taman Belia Pulau Pinang, macam-macam aktiviti boleh buat

Sebab dah lama duduk kat Taman Belia tu, memang tak sempat ke tempat lain, seperti Taman Rama-rama, Batu Feringghi, Teluk Bahang, dan juga Waterfalls. Mungkin lain kali kot. Tapi kena bawa orang Penang betul. Sebab jalan kat bahagian pulau ni, kadang-kadang boleh sesat kalau tak biasa dan tak rancnag awal-awal. Mungkin sebab tak expert kot. Kalau dah tahu, tak de masalah punya lah.

Sebelum balik, kami singgah Padang Kota makan pasembor dan sotong kangkung. Kata abang kedua saya tu, kalau orang tak biasa kat Penang ni, memang kena ‘sembelih’ lah harga kat situ. Kalau pelancong, memang nasib lah. Kalau orang yang biasa juga, kuah sotong kangkung tu boleh jadikan kuah pasembor. Lagi sedaplah. Kalau orang tak biasa, dia tak bagi. Dia hafal kot muka orang yang datang kedai dia tu.

Balik tu, kami naik feri Pulau Pinang. Si kakak dapat lah merasa, walaupun dengan muka kepenatan dan mengantuk. Tapi si adik pulak, tiba-tiba sebelum naik feri dah tertidur pulak. Dah le tengok makan roti dan main makan ais krim sebelum tu. Tengok-tengok tertidur kat bahagian bawah kat kusyen belakang. Hai anak.

 photo dalamferi_zpsa3a47e85.jpg

Dari dalam feri – ini bahagian atas

feri photo feripulaupinang_zps94e4da31.jpg

Feri sebelah masa dah sampai kat seberang

Balik masing-masing kepenatan, sempat lagi beraya rumah abang ketiga dan malammya tertidur hingga ke pagi. Penat.

@fiezaradzi.com – Tempat menarik di Pulau Pinang. Ini belum cerita tempat makan best kat Pulau Pinang ni.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *