Lesen Memandu Baru

Posted by

Assalamualaikum,

Lesen memandu baru. Bila lesen memandu korang tamat? Lesen memandu fiezaradzi.com baru je tamat. Kenalah renew kan, lebih-lebih lagi hari Jumaat ni nak kena memandu sorang-sorang pergi PJ.

Kalau tak renew lesen memandu yang dah tamat, memang nak kena tahan la tu. Apa pun, lesen memandu yang lama tu telah pun ditukar kepada lesen memandu yang baru.

Kalau dulu, lesen memandu yang ‘laminate’ tu je. Tapi sekarang rupa dah bertukar. Lesen memandu baru rupanya dah macam kad dah. Tak tahu pun ada lesen memandu baru. Tak tahulah kalau dah lama dikeluarkan. Masa nak renew lesen tu, dia minta gambar terbaru. Gambar tu di’scan’ dan diletakkan bersama lesen memandu baru tu. Gambar dapat balik la. Lainlah kalau ada pegawai yang admire sangat gambar comel korang tu, dia buat simpan.

Ni rupa lesen memandu yang baru.

 photo lesenbaru_zps01eea1df.jpg

Gambar terpaksa dikaburkan, kot-kot korang terkesima dengan wajah comel tuan punya lesen tu. 😉

Siapa-siapa yang lesen memandu dah tamat tu, silalah berkunjung ke JPJ berdekatan. Boleh dapat lesen memandu yang baru. Ha, jangan pula ada yang terlupa tarikh tamat lesen memandu. Dia dah samakan dengan tarikh lahir kan.

@fiezaradzi.com – Lesen memandu baru, bolehlah pandu toyota vios baru nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *