Assalamualaikum dan selamat hari jumaat,
Korang baca tak surat khabar hari ni atau tengok berita semalam? Kes drama tebusan tadika di Johor tu. Kesian kan bila fikirkan kanak-kanak di situ. Kalau kita yang dewasa ni hadapi kes ragut ke, pecah rumah ke, pecah kereta ke, atau apa-apa la, dah trauma, apa lagi kalau budak-budak sekecil mereka kan.. Silap-silap takut nak ke tadika..
Apa pun, rupa-rupanya lelaki ini adalah lelaki yang sama memecah masuk tadika juga di Johor tahun lepas. Maka, terbongkarlah identiti lelaki misteri di blog ini dahulu. Akhbar yang melaporkan dia adalah lelaki yang sama. Lelaki tersebut juga disahkan mati di hospital malam tadi.
Macam-macam kes sekarang ni. Kadang-kadang takut nak keluar. Tapi, hendak atau tidak, kehidupan tetap perlu diteruskan. Cuma mampu berdoa dan berusaha agar kehidupan seharian dipelihara olehNya. Susah nak cari hidup yang aman damai kan.. Ni ada pulak nak adakan Bersih di Ibu kota. Tak dapat la nak keluar, takut juga kan.. Masa bersih satu dulu, kami terlibat juga. Bukan terlibat apa, cuma terlibat dalam kesesakan lalu lintas yang berlaku dek kerna perhimpunan ni. Nasib baik kami nak ke rumah kawan, kalau saya sakit bersalin time tu, tak ke haru..
Apa pun, moga kehidupan kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya. Jangan hanya sekadar bersih luaran, tetapi dalaman juga bersih dan suci.
@fiezaradzi.com – duduk di rumah dengan anak-anak dan suami hujung minggu