Tips Beli Baju Raya

Posted by

Bila dah akhir-akhir Ramadan ni pasti ramai yang berkira-kira membeli persiapan raya kan? Manakan nak tukar langsir, perabot baju raya lagi. Yang lebih pening pastikan golongan bapa. Baju anak isteri, kehendak isteri yang kadang-kadang tidak masuk akal. Kadang-kadang baju sendiri pun tidak sempat dibeli. Tapi, dalam hal ini perempuan dikatakan lebih bersemangat berbanding lelaki. Benarkah?

Apa pun situasinya, jangan terlebih berbelanja. Ingat selepas raya masih banyak dugaan yang berkemungkinan besar memerlukan duit. Mana yang dirasakan masih baik, tidak perlulah memeningkan kepala memikirkan yang mana perlu dibelikan? Contohnya perabot yang masih elok. Tetamu sekarang sekadar menziarahi, tak ada yang tak komen-komen pasal perabot ni. Langsir pun sama. Kalau ada pun, bukan mereka yang keluarkan duit kan? Jadi, tak perlulah memeningkan kepala suami dengan keinginan yang silap-silap merugikan keluarga.

Jadi baju raya dah beli? Berapa pasang? Huhuu.. pernah terdengar dalam radio baru-baru ini, si anak ada 6 pasang baju, si emak 5 pasang si ayah 3 pasang. Wah, beraya sakan nampak.. Si ayah je sikit ye.. hihihi.. Ikutkan hati nak je pakai baju kurung yang lama-lama tapi masih baik tu. Tapi disebabkan keadaan badan yang makin membesar perutnya, terpaksalah membeli juga. Tapi persiapan kali ni lebih kepada si kecil.. (Memang bila ada anak, nafsu nak membeli tu lebih kepada anak lagi agaknya). Jom tengok tips-tips yang boleh dikongsi bersama.

TIPS MEMBELI BAJU RAYA

  1. Persiapan awal
    – supaya pengeluaran wang tidak berlaku sekali gus. Lebih baik jika anda jenis yang berjimat, buat survey tentang harga asal baju dan beli yang murah. (Kadang-kadang, nama sale, tapi tak sale mana pun..)
    – dapat tahu kos untuk baju raya. Lebih-lebih lagi yang sudah berkeluarga kan.
  2. Senarai keperluan
    – pastikan keperluan diutamakan, bukan kehendak. Jika ada baju yang masih cantik dan sesuai, apa salahnya recycle kan?
  3. Bajet perbelanjaan
    – Tetapkan minda untuk tidak berlebih-lebih dalam memilih pakaian. Lebih bagus jika kos dapat dikurangkan. Sekurang-kurangnya, lebihan duit boleh diguna untuk perkara lain. Pastikan juga tiada barangan lebihan dibeli, melainkan ada wang yang telah diselamatkan. Tidak salah sekiranya anda mampu membeli.
  4. Pandai memilih
    – Sebaiknya jika anda bijak memilih, tentu ada tempat di mana mahu mendapatkan baju yang cantik, tetapi murah dan ada kualiti. Yang penting, rajinkan diri membuat survey dan buat pilihan bijak.
  5. Tentukan saiz pakaian
    – ini lebih kepada jika anda membeli pakaian siap. Juga berguna jika anda ingin membeli pakaian untuk ibu bapa atau sesiapa sahaja, di mana individu tersebut tidak hadir membeli bersama anda.
  6. Berhati-hati
    – tidak rugi jika berhati-hati kerana apabila musim perayaan ini, ada peniaga yang cuba mengambil kesempatan. Kadang-kadang baju lama atau ‘reject’ tetap dijual dengan harga yang sama dengan baju biasa.
  7. Keadaan pakaian
    – kadang-kala terdapat kecacatan pada pakaian. Biasalah, ia pun buatan manusia. Pastikan anda periksa pakaian tersebut terlebih dahulu sebelum membuat bayaran. Takut juga tidak dapat ditukar apabila sudah dibeli.
  8. Elakkan berhutang
    – Walaupun banyak keperluan yang perlu disediakan, sebaik-baiknya elakkanlah berhutang. Jangan sampai ingin bergaya, tetapi hutang keliling pinggang.

Kawan-kawan ada tips-tips lain untuk dikongsi? Jangan malu-malu ye..

@fiezaradzi.com – Baju siap budak hampir sama harga dengan baju orang dewasa. Ada yang lebih mahal lagi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *