Salam & selamat hari Khamis,
Apa khabar semua? Kali ni apa kata kita belajar sedikit tutorial? Sebenarnya ada beberapa soalan ditanya oleh kawan2 yang datang ke blog ni, tapi tidaklah dapat semua soalan saya jawab sekarang. Kita slow-slow ek..
Kali ni kita blajar bagaimana nak meletakkan komen kita beserta dengan gambar atau gravatar. Kerja nya mudah saja. Mari ikuti langkah-langkah tersebut..
- Mula-mula sign up di gravatar.com
- Masukkan emel anda yang biasa digunakan semasa ‘blogging’
- Aktifkan link pada emel yang didaftarkan (ni macam biasa – emel pengaktifan)
- Log in semula ke gravatar.com
- Ada satu link “Get Your Gravatar Today>>” pada muka hadapan web. Tekan butang ini.
- Klik pada “add a new image” (jika anda belum mempunyai sebarang akaun/imej dalam web tersebut)
- Pilih dari “My computer’s hard drive” untuk mendapatkan imej yang anda suka atau dari internet atau dari webcam atau dari gambar sebelum ini yang pernah di’upload’
- Jika dari pilihan pertama (hard drive), tekan butang “Browse” dan cari gambar pilihan anda
- Tekan butang “Next”
- Pilih gambar yang di’upload’ tadi
- Selesai. Sekiranya anda menggunakan emel tadi di mana-mana, sama ada tinggalkan komen di blog rakan-rakan atau blog sendiri, gravatar inilah yang akan muncul mewakili anda
Jadi, rakan-rakan, selamat mencuba dan saksikan ‘perwakilan’ anda di ruangan komen anda pada blog rakan masing-masing