Undian Piala Thomas 2012

Posted by

Sekali lagi, blog ini jadi blog sukan sekejap. Tak pe, wanita cantik dan lelaki kacak tak kisah baca pasal sukan kan. Nak pula sukan tanah air tercinta. Seperti sebelum ni, kita dah tahu undian untuk perlawanan Piala Thomas baru saja diadakan. Malaysia yang diletakkan pada pilihan keenam, berada satu kumpulan dengan Denmark, dilihat tiada masalah besar, apabila turut bersama Afrika Selatan.

Paling kurang Malaysia mungkin mampu ke suku akhir yang akan dibuat undian semulasebaik sahaja perlawanan peringkat kumpulan tamat. Empat pasukan pilihan diletakkan dalam satu kumpulan berbeza. jadi, tunggu sahajalah lepas habis perlawanan kumpulan, Malaysia bertemu siapa. Oh ye, Piala Thomas bakal berlangsung 20-27 Mei 2012 di Wuhan, China. Satu ‘advantage’ kepada China, bermain di tempat sendiri.

UNDIAN PIALA THOMAS 2012

Berikut adalah kumpulan undian bagi Piala Thomas 2012.

Piala Thomas 2012

Harap-harap Malaysia dapat main dengan baik. Oh, Thailand tak de kan.. Lelaki kacak seperti Lee Chong Wei dilihat tiada masalah, bagaimana yang lain, kacak tak?

Bawah ni pula undian bagi Piala Uber 2012, di mana negara kita tiada wakil bagi piala ini. Harap-harap lain kali ada. Siapa nak main? Angkat tangan..

Piala Uber 2012

@fiezaradzi.com – Eh, kata nak main badminton hari ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *