Bakal Menjelma Oktober Ini

Posted by

Assalamualaikum,

Vios baru|Bakal menjelma Oktober 2013. Bagi peminat-peminat vios di Malaysia ni tentunya tak sabar nak tengok kehadiran vios baru yang dikhabarkan sebelum ini. Bagi pasaran Malaysia, Oktober 2013 akan menjadi bulan pelancarannya.

Dengan harga bermula RM73 000, Vios biasanya menjadi pilihan kerana terkenal dengan penjimatan minyak. Pengalaman kami, balik pulang berhari raya yang jumlah jarak perjalanan hampir mencecah 1500km, sebanyak RM200 diperlukan. Itupun bila sampai ke kl, masih ada baki minyak yang hampir separuh.

 photo toyotavios_zps3c20ecaf.jpg

kredit gambar: toyota malaysia

Sepanjang menggunakan vios hampir 4 tahun, memang kami berpuas hati dengan kos penggunaan minyak, berbanding kereta lama dahulu. Dari segi penjagaan pula, tiada sebarang masalah besar setakat ini. Harap-harap vios grey tu tetap setia berkhidmat. Dari sudut kereta lain, kami tak pasti sebab tak pernah pakai.

Peminat vios, nantikan kemunculan Vios terbaru di Malaysia Oktober ini. Kalau rasa nak satu, bolehlah pergi buat tempahan. Nak tengok keterangan lanjut, kunjungi bilik pameran toyota atau kat website toyota Malaysia. Kat sini tak de jual.

@fiezaaradzi.com – Toyota Vios Malaysia. Bulan sebelas ni cukup 4 tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *