Belanda Ke Final

Malam tadi sanggup bersengkang mata untuk menonton perlawanan separuh akhir Belanda menentang Uruguay. Penantian tidak lama bila Belanda mula menjaringkan gol pertama melalui Bronckhorst. Namun, sebelum tamat separuh masa pertama Forlan berjaya menyamakan kedudukan. Babak kedua menyaksikan Belanda menjaringkan 2 gol manakala Uruguay menambah satu gol di saat masa tambahan diberikan. Keputusan kekal 3-2 menjadikan Belanda layak ke final Piala Dunia 2010.

belanda

kredit: fifa.com

Belanda menang dalam kesemua perlawanan pada Piala Dunia kali ini. Di final nanti, Belanda akan bertemu sama ada German atau Spain. Sama-samalah kita saksikan. Oh ye, sotong kurita Paul de meramalkan Spain menang ke atas German. Namun, sama-samalah kita saksikan. Berharap juga German akan ke final. Yang pasti pagi nanti adalah penentunya.

Pendapat saya kali ini Belanda bermain sedikit kucar kacir sehinggalah gol kedua dihasilkan. Selepas itu, barulah nampak lebih sistematik dan teratur. Mungkin kawalan pertahanan Uruguay hebat sangat kot. Apa pun, tahniah buat Belanda… Tak sangka lak rasa hati nak sokong Belanda tak sia-sia bila mereka dah sampai sini. Ada juga yang kata, sokong pun bukannya dapat apa. Saya sekadar sokong, sekadar memeriahkan suasana. hehee… Suke tgk aksi coach Belanda.. (ni bukan kes minat coach ye..hihi)

@fiezaradzi.com – Nampaknya malam ni tidur depan tv lagi la…

Share/Save/Bookmark

Most Commented Posts

19 Responses to "Belanda Ke Final"

  1. Khairi says:

    Ye betul game belanda semalam agak bosan. Saya prefer jerman. Lihat tak, jerman bila dapat bola, pergerakan mereka akan terus ke depan. jrg sekali toleh ke belakang kecuali bila dah leading selesa. itu yg best tgk jerman.

    belanda pun best. tp first gol tu mcm seb baik masuk hehehee.
    Khairi´s last blog ..Adamariam – 10 My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Khairi, itulah.. german main mmg pantas.. kdg2 dorang ni tgk lawan gak.. de kala ok main, de kala tak bape ok.. huhuuu..

    tapi saya suke 1st gol, laju ju bola masuk.. 1st gol uruguay, & gol robben.. menarik..

    [Balas]

  2. azizan4444 says:

    20 mnt last baru layan.awal2 tu mcm nak tdo je..mengantuk tgk..gol semalam pon bole tahan cun nya..tahniah oranje..
    azizan4444´s last blog ..Karenah Perempuan Bercinta- Lelaki Dalam Dilema My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @azizan4444, tul.. bila nak habis baru sedap tgk.. huhuu.. nnt lawan spain, boleh kah menang…

    [Balas]

  3. ishak says:

    hebat gak….belanda tu eh wau !!!!
    p/s sedih brazil tersungkur di medan perang
    ishak´s last blog ..Cara untuk jadi blogger popular yang mana pilihan anda My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @ishak, hehee..,sabar ek.. adik saya pun minat brazil.. marah die belanda kalahkan brazil hari tu.. hihiii

    [Balas]

  4. Kujie says:

    tak tengok bola langsung tahun ni..huhu
    tidur awal…
    Kujie´s last blog ..Serverfreak – The Best 5 Star Web Hosting In Malaysia- My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Kujie, tu sebab tak de kawan teman tu kak jie.. saya tgu lagi, sebab pasukan pilihan ke final nih.. hehee

    [Balas]

  5. Mommy Lyna says:

    hahaha

    husband saya sanggup bangun pagi2 buta nak tgk match belanda-spain sebab nk cari modal borak dgn member2. org laki time WC ni mmg xde modal lain dah kot.

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Mommy Lyna, tu mmg dah.. nama pun lelaki.. lau tak,malu la depan kawan nanti.. hehee. tak pe la, janji die gembira dan die nak.. 4 tahun sekali kan..

    [Balas]

  6. ~asha~ says:

    mlm tadi asha pg paris..dlm mimpi ehehehe

    ————
    ayat org tak minat bola dan tak mengetahui perkembangan bola..yg tau ttg sotong peramal tu je..eehehehhe
    ~asha~´s last blog ..Wei Korang Pegi Baca Blog Nizamsani My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @~asha~, okla kak asha, sotong kurita tu de kena ngena gak dgn world cup.. hehee..

    [Balas]

  7. kulanz says:

    Belanda jumpa Spain final nanti, sama2 menunggu keputusan..
    kulanz´s last blog ..Selamat Jalan Therapy Woo Themes My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @kulanz, tu la, tak sabar siapakah bakal juara. sbb 2-2 team tak penah menang piala dunia kan..

    [Balas]

  8. suri says:

    layan ajer bola..hehehe walaupun tak minta tapi dia stiil menghargai keminatannku ni yg kadangkala..ek..eleh..hehee

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @suri, ok la tu kan.. bagi support.. mesti si dia suka..

    [Balas]

  9. Azuan says:

    Akhirnya spain yang menjadi Juara…
    Azuan´s last blog ..Perlawanan Akhir World Cup 2010 – Netherlands Vs Spain My ComLuv Profile

    [Balas]

    fiezaradzi Reply:

    @Azuan, huuhu.. saya tengah sedih dan suram, spti suramnya pagi ini.. huhu.. tahniah buat spain.. argh…tak pe2, 4 tahun lagi..

    [Balas]

  10. Azuan says:

    Penyokong kuat belanda ke ni? x pe, belanda kalah tipis jer tu..
    Azuan´s last blog ..Spain Juara – Keputusan Penuh Piala Dunia 2010 My ComLuv Profile

    [Balas]

Leave a Reply

CommentLuv Enabled