Fenomena Digital

Posted by

Alat digital, seperti computer, kamera, telefon bimbit dan sebagainya bukanlah satu perkara asing buat kita sekarang ini. Malah boleh dikatakan hampir setiap individu bermula golongan remaja ke atas memiliki salah satu perkara ini. Malah ada sesetengahnya yang mempunyai 2 unit bagi sesetengah gadget.

annur

gambar si kecil masa umur setahun.. gaya kalah ahli perniagaan

Perhatikan anak kecil anda;

– sukakah dia ketika anda membuka laptop anda?

– Gemarkah dia meminta anda memainkan video di dalam telefon anda?

– sibukkah dia ketika anda sibuk mengambil gambar menggunakan kamera digital anda?

– Tidak gemarkah anak anda bermain permainan tradisi seperti masak-masak, tembak-tembak, polis dengan pencuri?

Jika ya, memang sah anak anda tergolong dalam kanak-kanak versi digital. Jadi apa masalahnya? Tidak baikkah, atau sememangnya itu yang sepatutnya berlaku? Ingatkah anda akan kes ramai pelajar ditangkap di kedai kafe siber (cc) kerana ponteng sekolah semata-mata untuk bermain permainan komputer?

Itu belum cerita tentang Facebook, twitter dan akaun internet lain. Rata-rata individu bahkan kanak-kanak sudah kenal permainan di facebook, malah lebih hebat dari ibu bapanya.

Ada kesan baik dan buruk mengenai perkara ini.

YANG BAIK

  1. Alat digital dikatakan mampu merangsang minda kanak-kanak dengan adanya teknologi terkini yang lebih baik
  2. Alat digital juga dipercayai mampu menarik minat anak-anak dalam soal pembelajaran – boleh dijadikan alat bantu mengajar yang baik kerana banyak perkara boleh dibuat dengan alat digital.
  3. Anak-anak membesar tanpa ada buta teknologi atau ketinggalan berbanding negara maju lain.
  4. Kerja atau pembelajaran menjadi mudah kerana teknologi sememangnya dapat memudahkan kehidupan.
  5. Boleh meredakan tegangan yang wujud sama ada di pejabat atau di sekolah bersama rakan-rakan.

YANG TIDAK BAIK

  1. Membawa ketagihan – contohnya kes pelajar ponteng sekolah kerana bermain permainan computer di kafe siber
  2. Kajian mendapati seorang dari enam orang kanak-kanak mengalami masalah pertuturan akibat pendedahan yang terlalu lama di hadapan televisyen atau permainan komputer (kajian dari 1000 responden di Britian)
  3. Otak bayi dikatakan tidak berkembang dengan belajar daripada mesin. Ini kerana melalui televisyen atau komputer, tidak mampu memberi maklum balas secara efektif ketika kanak-kanak berinteraksi. (Jean Gross, ahli psikologi pendidikan)
  4. Masalah rabun dekat dikatakan satu punca jika kanak-kanak terlalu didedahkan dengan alat berteknologi ini. (Dr. Micheal Taravella, Universiti of Colorado).
  5. Boleh disalah gunakan jika terlalu asyik dan boleh disalah gunakan oleh penggodam komputer.

Seperti yang dikatakan, ada baik buruk mengenai perkara ini. Bagaimana dengan anda di luar sana?

  • Adakah anak anda menggemari perkara yang sama
  • wujudkan masalah yang dibincangkan atau lebih teruk?
  • Bagaimana memastikan anak anda mendapat kebaikan seperti mana yang diharapkan?

Teknologi memang ada baik buruknya. Ibu bapa perlu memantau anak-anak agar tiada masalah berat timbul kemudian hari. Tanpa pemantauan, anak-anak hanya mengikut tanpa ada garis panduan sebenar. Jadi ibu bapa lah yang perlu memainkan peranan penting dalam hal sebegini.

@fiezaradzi.com -Percaya tak ada keluarga yang berkemampuan tetapi mengambil langkah tidak menyediakan televisyen di rumah, kerana berpendapat televisyen lebih banyak keburukan berbanding kebaikan? Dan tanyalah kepada pelajar sekolah, apa itu blog?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *