Blogging

Update Ringkas #sbb 2013

Assalamualaikum,
Rasanya dah ramai update pasal Majlis Bersama Blogger #sbb 2013 anjuran blogger ini kan? Memang acara menarik walaupun cuma sekejap je mampu hadirkan diri. Pertama kali jumpa blogger sekalian di alam realiti. Ye betul, pertama kali juga hadirkan diri dalam majlis sebegini.

Buat pertama kalinya bertentang mata dengan blogger otai ini. Biasa tengok dalam blog je, tapi kali ini dalam juga bersembang-sembang dengannya. Sememangnya ‘kami’ yang pemalu ini dapat juga berborak-borak dengan anak daranya yang sorang ni.
Tak sangka pulak kakak blogger ini duduknya sebelah taman perumahan kami. Selain mendengar peristiwa yang berlaku di Gaza, sempat juga bersoal jawab dengan yang sorang tu. Banyak yang boleh dapat dari majlis ini sebenarnya, walau pun masuk masa dah nak habis.
Apa lagi yang saya dapat ek? Dapat berjumpa dengan blogger yang jauh datangnya dan juga beberapa pemenang iPhone 5 yang memang ramah tamah orangnya. Macam dah kenal lama.
Mimpi orang ini terjadi tidak kena bila cikgu naman yang membawa pulang basikal. Tak dapatlah nak tengok beliau kayuh basikal dari Hotel Singgahsana tu. Tapi mimpi tu terubat sikit bila ada juga rezeki emas 1gram untuk dibawa pulang. Terima kasih encik suami yang mewakilkan diri mengambil rezeki itu.
Cuma ada sedikit ralat, bila tidak dapat sepenuhnya hadir dan tidak dapat berjumpa dengan beberapa orang blogger yang teringin nak jumpa, seperti dalam entry sebelum ini. Nasib baik encik suami ada snap beberapa keping gambar untuk dijadikan bahan bukti. Kacak itu sememangnya subjektif. 😉
Harap lepas ini dapat lebih masa untuk bersama kawan-kawan di alam blogging untuk terus mengutip apa yang perlu. Mungkin lepas ni kami perlu perancangan untuk lebih efektif.

@fiezaradzi.com – kalau orang itu tak ada di sebelah, memang tak tahu nak buat apa, macam patah sebelah kaki…

* bila tak guna pc sendiri, rasa pelik update blog…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge