Satu Kisah di Waktu Petang

Posted by

Assalamualaikum semua,

Selamat berhujung minggu. Bila kerja jauh-jauh, hujung minggu adalah masa yang amat-amat ditunggu. Masa untuk luangkan bersama dengan keluarga. Best oo.. Cepatlah kahwin, sape yang belum tu..

Hujung minggu ni jugaklah masa untuk tengok cerita-cerita Korea yang dah bertimbun tu. Hak hak. Okeylah, ni nak cerita pasal cerita petang semalam. On the way balik kerja. Biasalah, hari Jumaat, memang semuanya berlumba-lumba nak balik rumah, tak kurang juga berlumba-lumba masuk kota keriangan KL ni. Masing-masing nak cepat, nak masing-masing nak sampai dulu.

Al-kisahnya, semalam bawa kereta dari tempat kerja, seorang. Kalau dah time peak hours tu, memang fast lane pun tak le laju mana kan. Sampai dekat area Selayang, baru boleh laju sikit. Ye, memang kereta kami duduk fast lane. Jalan kat flyover tu ada tiga lane. Memang dah nampak ada satu kereta ni, yang duduknya di lane paling slow (paling kiri la) sama laju dengan toyota vios kami ni. Dua-dua kereta sama-sama potong satu kereta kat lane tengah. Dengan tak bagi signal kanan, terus je kereta itu dari lane paling kiri tu, masuk ke tengah dan terus nak ke fast lane. Sikit je lagi nak kena vios tercinta kami tu. Memang kena hon panjang la kan..

Bila dah sebelah menyebelah, pandang la ke driver sebelah tu. Tahu pulak nak angkat tangan sambil sengih-sengih.

“Nasib baik tak kena apa-apa bang, kalau tak… “, tapi cakap dalam hati je la. Bukannya dia dengar pun kalau cakap kuat-kuat pun kan..

Kami memang cukup ‘jaki’ la dengan orang yang bawa kereta macam ni. Nak laju pun, tak kisahlah, tapi biarlah berhati-hati sikit. Main nak redah je. Bukannya orang tahu pun hasrat hati driver yang nak tukar lorong tanpa bagi signal ni. Ingat orang boleh baca hati korang ke.. Ye, memang marah pun. Itu nasib Allah kata tak kena. Kalau kena. Ini yang jadi kes accident sana sini tu. Berat sangat ke tangan tu nak tolak signal. Kalau tak de signal, nak bagi duit suruh pasangkan.

Ye, pemandu yang sorang tu adalah lelaki. Siapa kata semua pemandu lelaki berhemah? Tak de maknanya.

Ye. Ini juga adalah luahan hati seorang pemandu wanita.

@fiezaradzi.com – Nasib baik laki den bukan jenis yang bawa kereta macam tu.. Terbaik..

One comment

Leave a Reply to Ira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *