Cepat, Selamatkan Dia
2011
Pernah tak kawan-kawan tiba-tiba je mengalami situasi di mana memerlukan pertolongan cemas? Setakat ni tak pernah la kan.. Tak tau la kalau tiba-tiba.. Harap-harap tak la kan.. Tapi dalam dunia sekarang ni, di jalan, di tempat kerja mahupun di rumah, kadang-kadang situasi secara tiba-tiba ni mungkin boleh berlaku. Kalau berlaku macam mana ye? Apa kata kali ni kita berkongsi sedikit tips kesihatan..
ASMA
- keadaan di mana otot di laluan udara tiba-tiba mengalami pengecutan secara tiba-tiba. Ini menjadikan laluan udara tersepit dan pernafasan menjadi sukar.
- boleh berlaku disebabkan oleh tekanan akibat terlalu berdebar atau disebabkan oleh alergi terhadap sesuatu.
- Simptom:
- kesukaran bernafas, bercakap
- muka boleh bertukar menjadi kebiruan
- menjadi terlalu penat - Selalunya pesakit asma membawa bersama-sama mereka sejenis aerosol (ubat asma) atau juga dikenali sebagai inhaler/nebulizer
inhaler
Tindakan:
- Tenangkan pesakit terlebih dahulu. (Pastikan anda juga tidak panik)
- Bantu pesakit untuk dudukbuatkan supaya badan pesakit sedikit menghala ke depan
- Pastikan udara di sekitar pesakit adalah terkawal (Jangan le dok berkumpul sebab nak tengok)
- Bantu pesakit mengambil dan menggunakan ubat yang biasa digunakan (inhaler)
- Jika keadaan berlanjutan, sila segera ke pusat perubatan terdekat.
TERCEKIK
- Biasanya berlaku apabila laluan udara disekat atau tersekat
- Simptom:
Pesakit sukar untuk bernafas
Mulut dan bibir bertukar menjadi kebiruan
Berkemungkinan menjadi tidak sedar
Langkah atasi:
- Untuk bayi:
- pegang pesakit secara terbalik, kepala lebih bawah dari badan.
- Buka mulutnya dan tarik lidah ke hadapan.
- jika bahan tercekik adalah cecair/lendir, tepuk bahagian belakang bayi dengan tangan yang ditelengkupkan.
- biarkan bahan yang tercekik keluar - Untuk kanak-kanak:
- pegang kepala pesakit ke bawah di atas tangan atau lutut
- Buka mulutnya dan tarik lidah keluar
- biarkan pesakit batuk bagi memudahkan bahan tercekik keluar. - Untuk dewasa:
- suruh pesakit bengkokkan badan ke bawah dengan kepalanya lebih rendah dari paru-paru.
- Galakkan pesakit batuk
jangan buat macam ni sudah..
Jika bahan tercekik masih belum keluar, pastikan kedudukan pesakit sama, dan tepuk belakangnya (di antara tulang bahu) dan ulang sebanyak 4 kali
Jika bahan tercekik dapat dilihat, tetapi tidak dapat dikeluarkan, masukkan jari ke dalam mulut pesakit supaya pesakit dapat memuntahkannya.
INGATAN, jika pesakit sudah memuntahkan bahan asing, tetapi masih ada kesukaran bernafas, berikan bantuan CPR secepat mungkin
Cuma pastikan dalam apa jua keadaan, anda dan pesakit perlu bertenang dan jangan panik
@fiezaradzi.com – selalu panik kalau anak muntah tiba-tiba..
kredit gambar: google, tak sempat nak ambil dari sumber. Dah buka, tapi tak de ape pun..


ooo… mcm ni ke.. oh ye, sy dan kengkawan pernah tolong org eksiden.. kami adalah org pertama yg tiba di kwsn eksiden kat selekoh kawasan kepala sawit.. mmg kurang org yg lalu kat situ.. pajero vs wira.. pajero masuk longkang tapi wira putus 2. tinggal enjin atas jalan. Pemandu wira hilang!.. dekat 5 minit cari baru jumpa pemandu wira tu berada 50 meter di hadapan dlm semak.. lps jmpa dh x cam muka sbb penuh darah. Langsung kitorg x tau nak watpe. Cuma tahan van anta pi spital. Sayangnya, pemandu yg eksiden tu meninggal dlm perjalanan. Rupa-rupanya arwah tu jiran kitorng dlm selang 10-20 buah rumah je. Isk..
zul´s last [type] ..Hari Ini Kami Tangkap Kucing
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 27th, 2011 at 1:01 pm
sungguh kecik dunia kan.. rupanya jiran kat kawasan rumah ye.. tak ngeri ke pas tlg tu? sampai x nampak muka.. sure byk darah.. setakat ni tak penah lagi la.. nampak ayah eksiden biasa2 pun dah naik takut.. pe tah lagi lau penuh darah2 ni. huuhhu.. mintak dijauhkan.. jadi, harap pemandu sekalian tolong bertenang masa bawa kenderaan..
[Balas]
Anak sedara mmg ada asma dari kecik….selalunya mmg saya panik…terus jer pi hantar hospital
mankuchai´s last [type] ..Handphone mahal vs Handphone Murah
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 27th, 2011 at 1:02 pm
kesiannya.. sure risau kan lau tiba2 asma tu dtg.. saya pun selalu je panik.. tapi bagus juga trus ke hospital.. mungkin de teknik spaya tidak panik.. de sesape tau?
[Balas]
kalau asma tuh , jangan ramai sangat orang berkumpul dekat situ. kasi ruang untuk bernafas.. sambil tuh cari alat bantuan yang macam dekat atas tuh…
zik´s last [type] ..11 tips mengatasi masalah kenaikan harga barang
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 27th, 2011 at 1:02 pm
tul tu zik… de pengalaman ke pasal asma ni?
[Balas]
Mmg kalau panik, kita akan jadi blur sekejap…tapi dah biasa hadapi, insyaAllah, kita tahu nak buat apa…
pssst…boleh buat entri utk cpr tak?
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 27th, 2011 at 1:03 pm
mmg pun.. lau panik, yg kecik pun jadi besar.. yg tak de pe pun, fikir macam2.. kan?
cpr? insyaallah jika de kesempatan..
[Balas]
Mcm bEe seorg penghidap asma, sentiasa akan ada perkataan “berjaga-jaga” dlm kepala fikiran. Hehehehe…
Bila jadi mcm ni takleh panik sbb bila kita panik kita tak tahu pun tindakan proaktif yg perlu diambil
bEe´s last [type] ..Aku Mencari 1-111
[Balas]
fiezaradzi Reply:
April 29th, 2011 at 11:30 am
bee de asma ek.. lau dah biasaokla kan.. lau tiba2 takut juga.. mmg tul pun, lau panik, semua benda tak leh fikir dgn betul.. jadi kelam kabut jer..
[Balas]
Trackback & pingback
No trackback or pingback available for this article
Berita Terkini
Berita Popular
Komen Terkini
Copyright fiezaradzi dot com 2012
Powered by Your Inspiration Web