Vaksinasi HPV – Langkah Pencegahan Kanser Serviks

by fiezaradzi on 14 January 2013 · 34 comments

Assalamualaikum,

Sebelum ini terima banyak soalan berkaitan dengan kanser serviks. Nak jawab lebih-lebih pun saya bukanlah doktor pakar dalam hal ini, cuma sebarkan melalui maklumat yang saya dapat dari klinik. Jadi ambil sedikit inisiatif mencari beberapa perkara yang berkaitan dengan pemvaksinan percuma HPV yang ada di Malaysia. Harap-harap bolehlah membantu sesiapa yang ada keraguan atau pertanyaan mengenai pencegahan kanser serviks ni.

Siapa Yang Layak Menerima Suntikan HPV?

Melalui Program Pamvaksinan HPV yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sama ada mereka pelajar Tingkatan 1, mereka yang berumur 13 tahun pada tahun semasa, perempuan, berwarganegara Malaysia dan tidak hamil layak menerima vaksinasi HPV ini. Biasanya mereka yang mendapat persetujuan ibu bapa akan diberikan vaksin ini. Bagi bukan warganegara difahamkan mereka perlu mengambil di klinik swasta.

kanser servik

YANG DIKECUALIKAN DARI VAKSINASI

Belum berusia 19 tahun. Wanita yang sedang hamil juga tidak dibenarkan. Selain itu, jika penerima suntikan pernah mengalami pengsan atau kesan sampingan yang jarang dialami adalah dinasihatkan untuk mendapat perakuan dari doktor sama ada boleh atau tidak mendapatkan vaksinasi tersebut.

JUMLAH SUNTIKAN

Mereka yang layak menerima pemvaksinan HPV perlu mengambil tiga kali suntikan setiap individu.Jadual vaksinasi adalah seperti berikut:

  • Dos Pertama          – 0 bulan (hari pertama vaksinasi pertama diberikan)
  • Dos Kedua              – 1 bulan selepas dos pertama
  • Dos Ketiga              – 6 bulan selepas dos pertama

Sekiranya ada yang telah mengambil dos pertama dan terlepas dos kedua dan ketiga, atau telah mengambil dos pertama dan kedua, tetapi terlepas dos ketiga dalam masa yang telah ditetapkan, mereka masih boleh mengambil dos seterusnya di klinik, dengan membuat temujanji semula. Walau bagaimana pun, kesan optima mungkin berkurangan disebabkan masa yang lama diambil.

TEMPAT MENDAPATKAN VAKSINASI

Di mana-mana Klinik Nur Sejahtera (Klinik LPPKN) di seluruh Negara. Bagi penuntut Institusi Pengajian Awam (IPTA), vaksinasi tersebut boleh didapatkan di Pusat Kesihatan IPTA tersebut. Klinik-klinik kesihatan yang berada di bawah Pusat Program Pelalian HPV.

KESAN SAMPINGAN

Penerima suntikan HPV berkemungkinan akan mengalami loya dan pening kepala. Ia adalah kesan sampingan yang mungkin berlaku ke atas seseorang penerima. Jika penerima mengalami kesan sampingan ini, individu tersebut akan diletakkan di bawah pemerhatian dan pengawasan petugas kesihatan selama 20 minit.

Individu yang menerima suntikan juga berkemungkinan mengalami rasa sakit atau kurang selesa di tempat suntikan. Juga boleh terjadi bengkak dan kemerahan. Kelenguhan, lemah otot dan letih mungkin akan dialami oleh penerima suntikan. (dianggarkan 1 bagi setiap 10 orang disuntik).

Rasa gatal, timbul bintik merah di kulit, sakit sendi dan demam pada 38 darjah Celcius atau lebih. (dianggarkan 1 bagi setiap 100 kes dilaporkan).

Jangkitan sistem pernafasan (seperti hidung, tekak dan tengkorok), pening, bengkak yang keras, kebas dan rasa mencucuk di kawasan vaksinasi. (dianggarkan kurang 1 kes setiap 100 orang, tetapi lebih 1 bagi setiap 1000 kes dilaporkan)

Alahan teruk juga boleh dialami, yang dikenali sebagai ‘anaphylactic reaction’ yang mana berlaku kesukaran bernafas dan pengsan. Kes seperti ini perlu dirujuk ke hospital dan perlu rawatan segera. Selain itu, dianggarkan 1 kes ‘Gullain Barre Syndrome’ (GBS) berlaku bagi setiap 100,000 suntikan. GBS biasanya terjadi dalam tempoh 6 minggu selepas vaksinasi diberikan. Pada anggota bahagian kaki akan mengalami ‘Acute Flacid Paralysis’ (AFP). Kes seperti ini perlu dimasukkan ke hospital.

TAHUN KELAHIRAN KUMPULAN SASAR

  • Tahun 2012 – Kumpulan sasaran lahir pada tahun 1993
  • Tahun 2013 – Kumpulan sasaran lahir pada tahun 1993 dan 1994
  • Tahun 2014 – Kumpulan sasaran lahir pada tahun 1994 dan 1995
  • Tahun 2015 – Kumpulan sasaran lahir pada tahun 1995 dan 1996

Maklumat ini adalah berkaitan dengan kanser serviks yang diperolehi dari LPPKN (bagi maklumat dan gambar) dan juga myservik. Lagi satu maklumat ini untuk vaksinasi percuma, kalau yang berbayar boleh kunjungi klinik swasta.

@fiezaradzi.com – Untuk yang berkaitan dengan kesihatan, lebih baik terus ke doktor, kita ni hanya menyampaikan maklumat yang ada..

{ 33 comments… read them below or add one }

suri January 14, 2013 at 2:17 pm

salam.
ank sorg budak cina prtikal dah buat kata baru pertma kali nak buat he….

Balas Komen ini

fiezaradzi January 17, 2013 at 3:24 pm

@suri, tak jadi apa2, tak pe la.. hehe

Balas Komen ini

suri January 14, 2013 at 2:18 pm

mengapa sasaran itu di berikan suntikan yg sebelum tahun2 tu tak di gesa buat pula pasal pa doc? hiii

Balas Komen ini

fiezaradzi January 17, 2013 at 3:23 pm

@suri, sama dgn jawapan kat atas, makin bertambah kes kot skg ni.. tak de pulak dorang keluarkan data pasal pesakit ni..

Balas Komen ini

suri January 14, 2013 at 2:20 pm

Bila kerajaan gesa mkna rakyat kena buat ni tuk kebaikan masa2 depan ank2 juga.. salah stu langlah nak atasi pykit ni kalagan gadis2

Balas Komen ini

fiezaradzi January 17, 2013 at 3:22 pm

@suri, mungkin dh byk kes kot..

Balas Komen ini

Hairul Hissam January 14, 2013 at 9:19 pm

selamat kaum adam dari kena enjek lagi.. kurang sikit bekas2 enjek kat bahu.. heee…

tapi bila kementerian dah lancarkan program macam ini, tentu ramai yg kena kanser spt ini…
post terbaru Hairul Hissam ..Cara Mengatasi Stress Kemurungan Dgn Makanan. Dimana Rasionalnya

Balas Komen ini

fiezaradzi January 17, 2013 at 3:21 pm

@hairul, kaum adam mmg sentiasa selamat.. hehee..

agaknya ramai remaja kena sakit ni, itu yg buat langkah pencegahan agaknya..

Balas Komen ini

mama adam January 15, 2013 at 1:06 am

walaupun free, ramai juga parents yang tidak mahu anak disuntik

Balas Komen ini

fiezaradzi January 17, 2013 at 12:23 pm

@mamaadam, kalau mampu jaga anak sebaiknya, tak ambil pun tak pe..

Balas Komen ini

fiezaradzi January 17, 2013 at 3:20 pm

@mama adam, mungkin dorang tak begitu yakin dgn vaksin, atau de anak2 yg de kesan sampingan kot..

Balas Komen ini

pipoq January 15, 2013 at 1:28 am

mencegah lebih baik dari mengubati..

kadang2 tu ada yang takut sebab ingat macam wajib kena ambil suntikan ni..padahal kalau doktor tak cadangkan, tak perlu pun..

p/s : sama gak dengan kes pap smear..ada jugak dengar kisah ibu2 yang tak nak lakukan pap smear bila diarahkan..
post terbaru pipoq ..Dilema merotan

Balas Komen ini

fiezaradzi January 17, 2013 at 3:00 pm

@pipoq, mmg patutnya tak ambil pun tak pe.. kalau jalani cara hidup sihat secara sebenar Islam, in shaa Allah, terhindar dari semua tu..

tak wajib pun, terpulang kepada ibu bapa, cuma mak2 yang dah bersalin dan de sejarah keluarga, perlulah buat ujian..

Balas Komen ini

ohcikgu January 16, 2013 at 2:34 pm

cikgu perempuan mesti tahu bab ni..
post terbaru ohcikgu ..Tukar gaji anda kepada pelaburan emas.

Balas Komen ini

fiezaradzi January 17, 2013 at 11:40 am

@ohcikgu, cikgu lelaki pun kena tau gak ni.. hehehe

Balas Komen ini

titan January 17, 2013 at 9:42 pm

gua tak layak dapat vaksinasi hpv kan?
post terbaru titan ..Isu dengar dan hormat.

Balas Komen ini

fiezaradzi January 18, 2013 at 4:46 pm

@titan, cuba ko check betul2, kad pengenalan ko tulis lelaki ke perempuan.. ehhehe

Balas Komen ini

vka arun February 1, 2013 at 12:07 am

Adik saya baru saja menerima suntikan ini pd 28/01/13 di sekolah..umur br 13 thn.lepas dia mendapat suntikan ini pada pagi itu d sekolah, malam nya pulak kira pkl 3am..dia komplain pening kepala n rasa nak muntah. so, dia bangun lah pegi toilet, tba2 dia jatuh pengsan. kami hantar pergi hospital, kena tahan sampai sekarang.bila di hospital, doktor pulak mengesahkan ada pendarahan dalam usus sebab dia buang air besar bercampur dengan darah. dia telah di masukkan darah sbyk 2 pack. tapi pihak doktor tidak dapt mengesahkan punca berlaku pendarahan dalam usus.sebelum ini dia tidak pernah mengalami sakit seprti itu.tiba2 saja terkena pendarahan dalaman tanpa sebarang tanda. adik saya telah di rujuk ke doktor pakar untuk kes dia. Adakah semua ini adalah salah satu kesan daripada suntikan HPV tersebut???saya betul risau dgn kejadian ini.Apa pandangan anda sekalian??

Balas Komen ini

fiezaradzi February 1, 2013 at 1:56 pm

@vka arun, mungkin juga suntikan ini membuatkan sakit perut (mungkin tak perasan sebelum ini), terus menunjukkan kesannya. rasanya perlu diberitahu kepada doktor yg adik arun ada mengambil suntikan ini. mungkin boleh dirujuk kepada kementerian kesihatan..

macam mana keadaan adik arun sekarang? sudah keluar wad atau masih ditahan di hospital?

Balas Komen ini

ainia March 7, 2013 at 12:33 am

kalau wanita itu sudah ambil suntikan hpv dos pertama. dalam masa yg sama wanita itu tidak sedar dia hamil. apakah kesan yg akan di hadapi wanita itu? dan apakah langkah yg perlu di ambil oleh wanita hamil itu?

Balas Komen ini

fiezaradzi March 7, 2013 at 9:35 am

@ainia, lebih baik buat pemeriksaan di kllinik berkenaan dgn janin atau anak dlm kandungan. takut2 beri kesan kepada bayi. buat pemeriksaan segera.

Balas Komen ini

stella March 19, 2013 at 6:32 pm

temujanji suntikan dos3 saya pada 9th April..bolehkah saya ambil suntikan lebih awal?kirakira 2 minggu sebelum?

Balas Komen ini

fiezaradzi March 20, 2013 at 11:25 am

@stella, sebaiknya tunggu masa yg telah ditetapkan, takut dos ke2 belum betul2 keluarkan kesannya..

Balas Komen ini

maCy April 13, 2013 at 8:50 pm

salam, saya baru terbaca di sini http://mindaahad.wordpress.com/2011/04/15/bahaya-suntikan-vaksin-hpv/ mengenai bahaya suntikan vaksin. aduhai risaunya dengan masa depan sendiri.

Balas Komen ini

fiezaradzi May 27, 2013 at 3:14 pm

@macy, kalau amalkan cara hidup sihat, ok je tak ambil.. jgn risau sgt ye..

Balas Komen ini

Coklet Surie May 7, 2013 at 3:15 am

10/5 @ 17/5 sy akan mengambil suntikkan ini melalui promosi yg dijlnkan di hospital kakak sy bekerja. Dia tlh membayar rm250 utk sy mendapatkan vaksin ini. Ttp setelah mgkaji beberapa artikel di internet sy mnjadi berbelah bahagi utk menerima suntikan ini. Untuk pengetahuan saudari sy tlh berusia 26 thn dan telah pn berkahwin,ttp belum dikurniakan anak. Sy tlh di diagnose oleh doktor mghidapai herpes genitalia yg dijagkiti melalui suami sy. Adakah sy berpontensi utk mendapat hpv? Sgt perlukah sy mengambil vaksin ini.. SILA BANTU SY. TKVM♥

Balas Komen ini

fiezaradzi May 27, 2013 at 3:16 pm

@coklat surie, maaf, saya tak dapat bantu dlm hal ini. vaksinasi ini masihbaru di malaysia. mmg terdapat beberapa kes mengenai kesan sampingan suntikan ini utk org normal (tanpa ada penyakit). Tetapi belum jumpa kesan sampingan bagi yg mengidapi penyakit tertentu. lebih baik di utarakan pada doktor, dan tanya pendpaat mereka yg lebih arif.

Balas Komen ini

syamirah July 14, 2013 at 3:43 pm

Assalamualaikum.say baru brumur 15 tahun.saya dah ambil suntikan ni time tgkatan 1 (2012) tapi smpai skrg kadang kadang saya rasa sedikit sakit dan gatal di tmpat suntikan
Harap boleh bantu.terima kasih :)

Balas Komen ini

fiezaradzi July 16, 2013 at 9:10 am

@syamirah, waalaikumussalam, mungkin tu kena sampingannya kot. kalau melarat sakitnya, lebih baik ke klinik. beritahu punca supaya dapa diambil tindakan.

Balas Komen ini

asikin September 27, 2013 at 10:37 pm

saya ingin bertanya perlukah wanita berumur 40 tahun mengambil suntikan HPV ini.. adakah vaksin ini dapat mencegah canser serviks..
harap dapat memberi penjelasan . terima kasih..

Balas Komen ini

fiezaradzi October 10, 2013 at 3:39 pm

@asikin, rasanya tidak perlu, jika amalkan cara hidup sihat.. sama ada dapat cegah atau tidak, tidak dapat dipastikan. penyakit ni kadang2 berubah sebab pelbagai faktor..

Balas Komen ini

aqilah March 30, 2014 at 10:24 pm

assalamualaikum.

nak tanya, kalau dos pertama and kedua dah ambil
tapi dos yang ketiga dah lebih dari masa yang ditetap kan.
lebih dari setahun.

still boleh ambil lagi ke dos yang ketiga tu ke macam mana ?

Balas Komen ini

Fatien April 18, 2014 at 5:44 pm

Huwaaa :3 Tadi baru ambil suntikan dos kedua . Dengar cerita dos ketiga nii sakit gilerr . Bukan apa , Saya nii trauma sikit bab cucuk menyucuk nii >_< Sakit sangat kee?? :v

Balas Komen ini

Leave a Comment

CommentLuv badge

 Banner

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: